ARKIB

KATEGORI

Buletin

Continental Tyres tawar perkhidmatan dan penyelesaian digital Conti360º untuk pengendali armada kenderaan komersial

Berita Tempatan

Views
Conti 360 Solutions

Pengeluar tayar terkemuka Jerman, Continental Tyres menawarkan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian digital Conti360º kepada pengendali armada kenderaan komersial bagi membolehkan mereka menguruskan tayar kenderaan dengan lebih cekap sambil mengurangkan kos minyak dan jarak perjalanan tayar.

Tayar memainkan peranan penting bagi mencapai tujuan ini. Tekanan angin yang sesuai akan menjamin tahap penggunaan minyak yang terbaik, jarak perjalanan yang optimum, serta meningkatkan nilai selongsong tayar (casing value).

Menurut kajian oleh Continental di Malaysia, 20 peratus tayar kenderaan armada mempunyai tekanan angin jauh lebih rendah daripada yang diperlukan, manakala 38 peratus lagi adalah pada tekanan angin lebih rendah yang sederhana.

Ini bukan sahaja dapat menyebabkan kerosakan tayar dan pembaziran jarak perjalanan tayar serta minyak, malah ia meningkatkan risiko kerosakan tayar di jalan raya.

Continental menganggarkan bahawa kenderaan yang berjalan sejauh 100,000km dengan tayar yang kurang 10 peratus tekanan angin akan meningkatkan kos minyak dan kos jarak perjalanan sehingga RM3,100 setiap tahun.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berkata, salah satu daripada lima faktor utama berlakunya kemalangan yang membabitkan Kenderaan Komersial Berat adalah berkaitan dengan masalah tayar.

Conti360º menawarkan tiga jenis perkhidmatan dan penyelesaian iaitu:

Perkhidmatan Teras Conti360º

Pasukan teknikal Continental akan menganalisis keadaan tayar untuk membekalkan maklumat terperinci tentang prestasi tayar, amalan terbaik yang dilakukan oleh industri tentang penyelenggaraan dan pengendalian tayar yang cekap, serta latihan khusus untuk pemandu.

Modul latihan tersebut tertumpu kepada kepentingan tabiat memandu, pengendalian tayar yang cekap dan tabiat penyelenggaraan tayar, serta keutamaan untuk mengekalkan tekanan angin pada tahap yang sesuai.

Perkhidmatan Lanjutan Conti360º

Pengendali armada dapat melakukan permeriksasan komprehensif kesihatan tayar melalui ContiFleetCheck, di mana pasukan teknikal Continental akan menjalankan pemeriksaan rutin dengan peralatan digital canggih, yang akan menyampaikan data kepada sistem maklumat untuk memperolehi analisis keadaan tayar, seperti tekanan angin dan kedalaman bunga tayar.

Perkhidmatan secara langsung ini membolehkan pengurus armada mengetahui keadaan keseluruhan dan terperinci tentang kecekapan tayar, termasuk mengenal pasti punca lazim kerosakkan tayar dan cara untuk mengurangkan kos, dan sekali gus mencadangkan langkah untuk memanjangkan jangka hayat tayar.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Penyelesaian Digital Conti360º

Ia merupakan penyelesaian automasi menyeluruh yang melengkapkan penderia pada tayar kenderaan bagi memantau penggunaan tayar di jalan raya sepanjang masa.

Pengendali armada akan menerima makluman menerusi portal dalam talian serta paparan análisis tentang kebarangkalian tayar pancit, kehilangan tekanan angin, kedalaman bunga tayar dan sebagainya, bagi membantu mereka mengendalikan tayar, memanjangkan jangka hayat tayar dan meningkatkan keselamatan di jalan raya.

Meskipun tayar hanya menyumbang 5 peratus kepada kos armada, ia mempengaruhi sekitar 50 peratus kos operasi armada menerusi penggunaan minyak, pembaikan dan penyelenggaraan serta pengurusan.

Pengurus Jualan Nasional Trak Tayar di Continental Malaysia, Winson Khoo Han Kee berkata, pelanggan yang telahpun menggunakan Conti360º memperoleh penjimatan kos minyak sehingga 3 peratus dan peningkatan jarak perjalanan tayar sebanyak 20%, di samping menikmati peningkatan yang ketara dalam keselamatan kenderaan dan pemandu.

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova pula berkata, teknologi Conti360º akan membantu pelanggan mereka memaksimumkan pelaburan pada tayar, sambil meraih manfaat daripada sokongan teknikal selepas jualan dan pemantauan prestasi jangka panjang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply