ARKIB

KATEGORI

Info

Corak ‘Infinite Weave’ – Adakah ia berasal dari Proton Tuah?

Views

Apabila terpandang pada jeriji hadapan Proton X70 yang disulami dengan hiasan corak yang digelar ‘Infinite Weave’ oleh Ketua Reka bentuk Proton, Azlan Othman, fikiran kami terus teringat kepada model sedan konsep Proton Tuah. Salah satu daripada lima konsep bersaudara Proton yang dipamerkan pada Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) pada 2010 itu menampilkan jeriji yang mempunyai motif yang seakan sama dengan ‘Infinite Weave’.

Jika dibuat perbandingan, jelas bentuk, susunan, aliran corak yang ada pada Proton X70 dengan Proton Tuah adalah corak yang sama, namun diolah kembali dalam bentuk yang lebih moden dan ringkas. Ada kemungkinan pasukan rekabentuk Proton telah mengaktifkan kembali unsur rekaan tersebut untuk digunapakai pada model-model generasi baharu nanti kerana ia akan membawa identiti Malaysia.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

Untuk pengetahuan anda, corak ‘Infinite Weave’ telah diilhamkan dari seni halus ketukangan, anyaman dan tenunan warisan tradisional tempatan yang diolah dalam bentuk baharu untuk ditampilkan pada beberapa bahagian Proton X70. Nyata penggunaan corak ini memberi impak dari segi visual yang menampakkan ketelitian dan perincian pada sesuatu bahagian kenderaan.

Ia juga bakal menjadi ‘tanda’ rekaan Malaysia pada model Proton generasi baharu. Kami juga yakin para pereka di Proton|Design akan diberi kebebasan penuh untuk berkarya pada masa akan datang dan mereka akan dibantu oleh pereka terkemuka seperti Peter Horbury untuk memastikan rekabentuk model baharu Proton menepati citarasa tempatan dan global.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply