ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Coretan : Industri automotif – ‘Idea gila’ Tun yang telah berjaya mengubah landskap ekonomi negara

Views

Kami ingin kongsikan satu coretan menerusi akaun Facebook Khairul Hakimin Muhammad yang mengimbau kembali sejarah bermulanya era automotif di negara kita. Jom kita sama-sama baca!

Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4 pada tahun 1981. Selepas beliau naik ke kerusi nombor 1 itu, beliau terus mengadakan Pilihanraya Umum ke-6 yang mana mencapai kemenangan sebanyak 85.7 peratus dari jumlah kerusi yang dipertandingkan. Beliau kemudiannya mengatur langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara industri dan perlu meninggalkan bentuk asas pertanian dan komoditi.

Pada tahun 1984, beliau membuat Pelan Induk Perindustrian dengan menubuhkan HICOM (Automotif) dan PERWAJA (Steel) dan terus menerus dengan langkah ‘Dasar Pandang ke Timur’. Dalam tahun yang sama, Tun mengorak satu lagi langkah besar yang membawa kepada era pembangunan industri secara total ke dalam negara iaitu Dasar Automotif Nasional yang melahirkan Proton sebagai kereta nasional. Jika kalian nak tahu, ‘idea gila’ Tun ini berjaya direalisasikan dalam tempoh 18 bulan sahaja dari pecah tanah, bina kilang hinggalah keluar kereta di Shah Alam.

Semasa Tun menjadi Menteri MITI, beliau banyak menjelajah ke negara-negara luar dan belajar bagaimana untuk membangunkan negara melalui perindustrian. Dan beliau yakin, mengeluarkan kereta akan dapat membantu negara sendiri menjana ekonomi dan menaikkan nama negara dalam masa yang sama. Strategi Tun mencambahkan hasil apabila Dasar Pandang ke Timur membuka pintu ramainya pakar teknologi dari Jepun hadir ke dalam negara dan menjadi pelopor membantu para usahawan dalam negara membuka dan membangunkan kilang masing-masing.

Pada waktu ini, harga minyak sekitar 3 hingga 5 Dolar Amerika setong. Oleh itu, mengeluarkan kenderaan nasional akan menjadikan Malaysia dipenuhi dengan kereta buatan sendiri di jalan raya. Kebanggaan Malaysia ini (Proton Saga) menjadi hadiah kepada kesemua Sultan-Sultan serta kesemua menteri kabinet yang ada. Matlamat NAP untuk ‘pemindahan teknologi’ dan kemudiannya menstruktur dan menambahkan kandungan tempatan di dalam Proton disambut baik. Bayangkanlah semasa Proton Saga keluar dari Kilang Shah Alam pada Julai 1985, ianya hanya diperbuat dari 30 peratus kandungan tempatan sahaja.

Kau faham ke dak apa maksud kandungan tempatan? Haha, ianya adalah bahagian-bahagian dalam kereta yang diperbuat dari dalam negara. Manakala pada tahun 1989, Proton Iswara dikeluarkan lalu membawa kepada eksport ke United Kingdom, Proton sudah membangunkan lebih 65 peratus kandungan tempatan. Dan pada 1990-1997, apabila Proton Wira menjengah pasaran, Proton sudah pun membangunkan lebih 80 peratus kandungan tempatan dan menjadikan kereta selepas itu adalah kereta buatan Malaysia sepenuhnya.

Kita semua hanya boleh cakap “ala Proton,” begitu begini. Namun jasa Tun dalam membangunkan negara melalui pembuatan kereta ini perlu dihargai. Negara kita melalui fasa pertanian dan komoditi sekian lama, dan Tun menaiki kerusi pemerintahan negara dengan mendahului peranannya untuk menjadikan anak-anak dalam negara ini untuk mendapat pekerjaan, menaikkan ekonomi serta dalam masa yang sama, Tun sudah pun melangkaui batas masa negara lain dalam bab-bab menjana membawa teknologi ke dalam negara.

JOM BACA >> Fakta Ringkas : Pelantar Modular BMA Geely Untuk Kereta Kompak

Kita berbangga dengan Jerman kerana mereka sangat banyak mengeluarkan kereta. Dan hasil daripada itu, kereta keluarannya kita guna dan pakai dengan megah di jalanraya. Sedangkan disebalik semua itu, kereta-kereta itu diperbuat dengan tujuan yang sama iaitu membangunkan negara. Pada tahun 1990, Proton telah memperkenalkan langkah ‘matchmaker’ kepada semua vendor yang membuat kereta Proton kepada para pakar teknologi dari Jepun untuk membangunkan kilang-kilang mereka.

Hasilnya pada hari ini, dari 32 vendor yang dipertemukan, salah satunya Ingress Corporation Berhad yang memulakan langkah menjadi kilang pertama untuk roll forming, sash, dan acuan untuk Proton pada 1992, menjadi mega vendor yang pertama membuka kilang di Thailand Automotif Park, Rayong kemudiannya membuka lagi di Indonesia dan India. Kesemua kilang-kilang vendor dan pemasangan di luar Proton ini adalah hasil dari industralisasi yang dibangunkan oleh Tun.

Hari ini, lebih 120,000 orang bekerja di sektor automotif di dalam negara. Walaupun Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad juga pada suatu masa dulu mendapat bantahan, namun Perodua menjadi saksi yang mana kereta itu menarik minat pembeli dalam negara. Tun antara yang berfikir perkara ini pada tahun 1981 lagi. Kemudian menjayakannya melalui NAP pada tahun 1984.

Kawan-kawan,

Hari ini, selepas lebih 35 tahun, Turki yang dahulunya hanya membina bas dan jentera mahu melaksanakan polisi kereta nasional dan membawa kenderaan itu menjadi pemangkin kepada ekonomi negara mereka sendiri. Ia diikuti oleh Indonesia, Vietnam, Morocco serta Eutophia yang mana semua ini sanggup untuk mengadap Tun, bersemuka dan bertanya bagaimana beliau boleh laksanakan semua itu demi rakyat, demi masyarakat, demi ekonomi dan membawa kepada ramainya anak muda sukakan teknologi, suka kepada pembelajaran dan pembangunan insan bermula dari 30 tahun lalu.

Iya, Tun duk buat dari 30 tahun lalu!

Dan mereka ini baru nak mula, demi negara, ia masih belum terlambat. Membina sebuah kereta mungkin tidak nampak susahnya. Namun ramai kakitangan Proton yang pada awalnya bekerja bersama Tun pada tahun 1984-1985 demi menjayakan sebuah Kereta Proton Saga, mereka memulakannya dengan membuat plan dari sebuah lantai, kemudiannya dibawa kepada pemasangan manual dan akhirnya hari ini menjadi kilang automotif terbesar di dalam negara. Turki dikatakan mempunyai bajet sekitar 4 Bilion Dolar Amerika untuk membuka kilang pertama kereta nasional mereka yang pertama, dan dikatakan juga, Vietnam akan membuka kilang dibawah kawalan kerajaan dan bekerjasama dengan VinGroup, sebuah syarikat pemaju hartanah.

Kawan-kawan,

Maksud industrialisasi yang Tun bawakan itu adalah sebuah makna yang sangat besar kepada negara. Iya, hari ini ramainya anak-anak muda sibuk nak berniaga. Namun, disebalik semua itu, pada tahun 1984, sehingga hari ini, ia adalah jasa seorang tua yang sudah kembali menjadi Perdana Menteri. Apa yang Tun buat pada 30 tahun lalu adalah sebuah jasa yang tak boleh kita pertikai.

Sama ada kita di kem mana pun, itulah bukti kepada perlaksanaan memberi keuntungan untuk rakyat dari sudut pekerjaan, memberi fasiliti jalan raya, lalu memberi dasar cukai serta membangunkan ramainya peniaga, usahawan serta mereka yang minat dengan teknologi untuk menyertai misi besar negara.

Hari ini, Tun berusaha menjadikan negara sebagai negara industri kembali. Hanya untuk menaikkan ekonomi, memberi kembali peluang pekerjaan dan memulangkan kembali nikmat-nikmat yang pernah kita kecapi suatu masa lalu. Kita tidak pernah nampak bagaimana industri ini wujud kerana ia sudah pun berlarutan bertahun-tahun.

Di sebalik penuhnya kilang di seluruh negara termasuk di Shah Alam, Tanjung Malim, Bangi, Nilai, Bukit Beruntung serta di Gurun sana, ia semuanya adalah hasil dari NAP yang pernah dibuat 35 tahun lalu. Dan ianya dibina oleh seorang yang bernama Dr. Mahathir Mohamad. Terima kasih Tun kerana memberi saya peluang pekerjaan selama 10 tahun 2 bulan dalam sektor ini. Dan saya tak pernah menyesal berada di dalamnya, malah berbangga menjadi salah seorang yang membantu negara.

Yang membina, bekerja, menjual, memakai, saya yakin semua saling bangga. Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bekas Pekerja Kilang Automotif

JOM BACA >> TIPS : Cara Nak Elakkan ‘Mabuk Kereta’

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • aahhh.. sudah lah. Sebab Proton lah harga kereta import naik menggila hasil idea gila ni.. Kalau hasilkan kereta yang bagus kualiti pembinaan takpe juga. Ni Proton saga tahun 2000 aku beli, baru pakai 3 tahun dah macam nak roboh bunyi pintu. 3 kali tutup pintu baru dapat rapat. Berdentam dentum bunyi pintu pagi-pagi turun kerja nak tutup pintu saja. Belum kira soal masalah power window, oil leaking, absorber senget, pengunci pintu dari dalam patah, nak start kena pulas kunci 5-8 kali bunyi tik tik, baru dapat start enjin. Lepas tu anak-anak aku sejak itu tak pakai dah proton. Ramai pakai Perodua, Nissan Honda dan Toyota. Kelisa isteri tahun 2001 pakai sampai sekarang takda masalah. Proton saga aku dah jadi tukun selepas 5 tahun. Nasib baik loan 5 tahunn dengan interest mahal 6% masa tu.. Pui la madey!


  • melihat apa yang jadi pada proton, memang tak perlu syarikat automotif ke tiga.jika tun nak buat jugak mungkin boleh cuba segmen komersil. selain lori dan bas, boleh juga hasilkan traktor, mesin rumput dll.

    yang paling penting, syarikat auto ke tiga ni hendak lah bebas dari campurtangan politik. kalau masih lagi wujud kroni kroni yang hanya nampak RM saje tak mustahil auto komersil ni pun boleh lingkup


  • I’ve been exploring for a little for any high quality articles
    or blog posts in this sort of space . Exploring
    in Yahoo I eventually stumbled upon this site.
    Studying this info So i am satisfied to show that I have a very excellent uncanny feeling
    I found out just what I needed. I so much certainly will make certain to don?t overlook this web site and
    give it a glance on a continuing basis.

Leave a Reply