ARKIB

KATEGORI

Buletin

Coretan seorang Doktor : CEREWET

Views

Kami kongsikan coretan Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan atau lebih mesra dengan panggilan Chaku. Doktor yang sangat aktif menulis dan melukis di media sosial ini merupakan pengasas Group Facebook Autostylista, penulis buku “Cakar Ayam Seorang Doktor”, ahli Medical Mythbusters Malaysia (pembanteras mitos perubatan) dan juga ahli MedTweetMY (kumpulan advokasi kesihatan). Jom kita baca!

CEREWET

Baru baru ini banyak model kereta nasional dilancarkan; Perdana, Bezza, Persona dan tak lama lagi Saga. Setiap kali ada pelancaran kereta baharu, antara perkara yang akan menjadi buah mulut orang ramai adalah rekabentuknya. Orang Malaysia memang kritikal tentang penampilan dan reka bentuk sesuatu kereta. Kecuali kalau ia keluaran jenama kesukaan mereka. Hodoh macam mamalia akuatik pun boleh laku.

“Apa guna cantik kalau tak selamat!”

Inilah alasan yang kerap diberi jika diajukan soalan tentang justifikasi pembelian kereta yang kurang menarik di mata. Aku tak suka kereta hodoh, tapi aku setuju dengan ideologi yang utamakan keselamatan lebih daripada rupabentuk.

Sebenarnya, kini orang ramai semakin matang dalam membuat pilihan. Ciri keselamatan menjadi antara faktor yang akan mempengaruhi pemilihan sesuatu kenderaan. Trend ini telah memaksa pengeluar kereta melengkapi model keluaran mereka dengan ciri ciri keselamatan pasif dan aktif untuk menarik perhatian pelanggan. Ia suatu trend yang mendatangkan kebaikan pada pengguna jalan raya.

Namun begitu, ada juga pemandu yang hanya mahukan semua ciri-ciri keselamatan kerana mereka ikut-ikut sahaja. Masa beli kereta, beriya-iya mahu kereta yang ada setengah dozen airbags, dilengkapi sistem pengesan dan pencegah pertembungan, dan berbagai-bagai lagi sistem yang biasanya diwakili dengan tiga alphabet. Malangnya, bila dia memandu, tali pinggang keledar tak penah nak dipakai.

Dollar club crash test dummy

Ini golongan kurang berilmu, atau bahasa cantiknya; bodoh.

Apa guna ada ABS yang bantu berhentikan kenderaan, tapi anda tak pakai pinggang keledar. Nanti kereta berhenti, anda pula masih meneruskan perjalanan. Macam “Angry Bird”, terhumban ke hadapan. Tanpa tali pinggang keledar, 6 biji beg udara yang kononnya akan menyerap hentakan itu, boleh jadi ibarat trampolin dan menyebabkan anda melantun dalam kabin macam bola pinball. Pergh!

Ada satu jenis lagi golongan yang lebih teruk daripada golongan bodoh. Mereka adalah golongan bengap, iaitu pemandu-pemandu pergi kedai aksesori untuk beli klip untuk membisukan bunyi amaran tali pinggang keledar. Alahai.

“Eh saya beli alat tu senyapkan amaran tali pinggang keledar jika saya nak letak barang berat sikit di atas tempat duduk penumpang hadapan” katanya.

Alasan je tu. Lagipun, kalau pengesan berat ditempat duduk tu dapat kesan ada bebanan atas tempat duduk, bermakna beban itu agak berat. Tahu tak? Meletakkan barangan berat di dalam kabin kereta adalah sesuatu yang merbahaya? Jika berlaku kemalangan, barangan itu lah yang bakal hempuk anda. Barangan berat letak di dalam but kereta lah!

Aduh! Itu pun nak kena ajar ke?

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

19 Comments


  • Mana ramai hardcore fan P1 senyap xkomen..slalu cbuk je muncul..mcmla DRB bg bonus extra..bab keselamatan senyap ja. Msk golongan ka


    • ni pun golongan bodoh..pasal safety kereta tu bagus la die offer safety terbaik..pasal pemandu bodoh bengap tu hal lain la brader..to pun nk salah kan manufacturer kereta ke??


      • baca betul2 bang…aku kata ‘ hardcore fan P1’ menunjukkan kepada org bukan institusi…lain kali baca elok2…elakkan masuk ‘golongan’


    • PPK memang dah tahap golongan BENGAP. Kereta dah capai tahap keselamatan yang baik die cerita bonus pulok. lebih teruk dari golongan bodoh


      • sama je komen aku..komen menunjukkan kepada org bukan organisasi…kalau rasa mcm nak masuk ‘golongan’ sila bertaubat


      • Artikel di atas sememangnya ditujukan kepada golongan bodoh Dan bengap. Bukan organisasi. Jangan terasa sangat. Cuma tak sangka artikel camni keluar. Attack golongan bodoh Dan bengap cam PPK


        • memangla aku bodoh…aku ngaku…sepandai2 manusia pun tahu semua ilmu dunia pun secelup jari jer dari seluruh lautan (ilmu Allah)…tak mcm sesetengah org tu mengaku pandai riak tapi sebenarnya hampes mcm produk yg disokong


        • Tau takper.! Kalau hang ada masalah minta pertolongan dari Tuhan. bukannya maki hamun sana sini, mencerca sana sini. Hang pun tahu ilmu Tuhan sangat luas. SO…. berhenti komen, mintak petunjuk dan pertolongan dari NYA.


          • apsal pulak nak berhenti komen? bagi alasan yg logikal skit…tanpa komen tiada improvement…tiada kritikan tiada pembaikan,,,falsafah mana hg pakai nie


    • rajin betul bro ni komen sini, aku ni tak la suka perodua, nak cari blog pasal perodua pun malas. apatah lg nk komen. yg ni lain, benci dan kecewa tapi merindui berita2 proton.


    • Mmm… nape meroyan PPK? artikel nie pasal proton ker? directly? Adoii… Warga funtasticko mmg kenal dgn bro chaku melalui lukisan/rekaan manipulasi digitalnya since 8 tahun yg lalu di daerah ini. Seorang doktor, gemar menulis/melukis pasal kereta. x pasti plak dah balik m’sia ke blum. Sebelum nie di Rusia ker mana tah blajarnya… kalau x silap la. hehe:)

      Artikel nie lebih kepada sindiran dlm ingatan kpd penguna kereta yg canggih dgn tahap keselamatan (x kisah la kereta prootn ker apa ker). Tapi dgn sikap, kesedaran n sivik yg rendah, pengguna kereta nie dikelaskn dlm golongan ‘bodoh’ dan ‘bengap’ *dgn izin oleh beliau lah:)

      Tapi sy rasa ko bukan la dlm golongan nie. Ko sy rasa dlm golongan tersangkut dlm kapsul masa kekecewaan silam yg berpanjangan. Bangun bro, nie dh era milinium. Hayati dan rasai evolusi generasi baru proton kini. X lah teruk mana…lebih baik ada lah! X kn tak dapat terima hakikat kot? Masih sakit hati ek? Tutup la buku lama.. buka lebaran baru… tentu hati mu kn terasa bahagia, tak gitu?:P … jgn marah ek, sekadar ingatan n gurau2 jer:P

      cheers!


      • sorry bro..ada 36 bulan x RM 620 lg belen nak kene bayor ke P1 nie. bukan zaman b4 millenium, 2011 beli….dah terkena baru tahu…sampai sekarang p1 hutang aku kunci spare kete…apakan daya claim semua buat tak tahu…bagusnya servis P1


        • Mmm… kalau ko nk suh orang tarik simpati kat ko bleh la sy bagi simpati sket, tumpang sedih kat masalah ‘besar’ ko tu. Tentu ada mana2 yg missing tu. Settlekn sebaik mungkin dgn mereka yg berkenaan. Tentu ada solution nya. Tapi kalau ko melalak nk bagi tau protn x ok hanya kerana masalah ko tu, yg nie sy x setuju la bro.

          Jgn la salahkan nyamuk, kelambu dibakar. Setandan pisang xkn la semuanya busuk? Satu dua busuk nk kata pisang tu x ok? Tanam pokok pisang sendiri la… hehe.. sabar jer laa. gurau:P

          Cheers!


          • ada sesiapa melalak? komen bertulis je..haha..xperlu la panjang2..psl masyarakat dah tahu masalah P1..haha…


          • Mmm… laa, kata nk jadi pengkritik tegar… bukan penghasut kan? Penghasut nie peranannya mcm iblis. Suka mengadu domba, buat org ragu2 n was2 dgn citer2 provoknya. Apa2 pun the choice is urs!:P

            Cheers!


    • Hidup ini Jarang sekali mengapresiasi hal hal baik yang kita lakukan jutaan kali sekalipun!! Hidup ini akan selalu menyoroti atau mengkritik satu persatu saja kesalahan kecil yang kita lakukan. Tapi kita tak perlu berkecil hati.

      Teruslah melangkah. Jangan takut terbuat salah. Jangan takut terbuat salah.!! Jangan takut kepada kegagalan. Jangan risaukan apa yang orang lain katakan tentang kita. Yang perlu kita risau adalah bila kita berbuat dosa. Dan bilakah kali terakhir kita bertaubat.??

Leave a Reply