ARKIB

KATEGORI

Buletin

Coronavirus – Hyundai gantung operasi kilang pengeluaran

Berita Global

Views

Nampaknya penularan wabak coronavirus mula memberi kesan kepada rantaian bekalan komponen automotif global. Bukan sahaja Proton yang terkesan, bahkan gergasi automotif Korea Selatan, Hyundai terpaksa menggantung operasi kilang pengeluarannya di Ulsan, Korea Selatan disebabkan kekurangan komponen dari China.

Menurut Berita Harian, lima rangkaian kilang di kompleks berkenaan mampu menghasilkan 1.4 juta kenderaan setahun, selain menjadi lokasi import dan eksport kereta di seluruh dunia. Namun, rantaian bekalan penting yang saling berkaitan di seluruh dunia itu terjejas selepas penularan coronavirus di China yang menyaksikan banyak kilang di beberapa kawasan yang terlibat telah ditutup.

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Dikatakan, Hyundai dan KIA yang menjadi pengeluar automotif kelima terbesar dunia itu kini kehabisan komponen pengangkut kabel yang menghubungkan komponen elektronik kompleks kenderaan. Ini menyebabkan kilang pengeluarannya di seluruh Korea Selatan menghentikan operasi dan seramai 25,000 pekerja pula terpaksa bercuti dan menerima sebahagian gaji.

Salah seorang kakitangan pengeluaran di Ulsan yang dikenali sebagai Park berkata, perkara ini adalah sesuatu yang memalukan kerana dia tidak dapat bekerja dan gajinya pula dipotong. Kata penganalisis, penutupan kilang pengeluaran akan menjadi contoh pertama disebabkan fenomena wabak yang menular di seluruh dunia.

JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan

Penganalisis tersebut juga menjangkakan penutupan selama lima hari kilang milik Hyundai akan membabitkan kerugian sekurang-kurangnya 600 bilion won (RM2.07 bilion). Hyundai bukan satu-satunya syarikat korporat terjejas kerana KIA juga akan menggantung operasi tiga kilang sehari pada Isnin, manakala unit pengeluar kereta dari Perancis, Renault sedang mempertimbangkan untuk menghentikan operasi kilangnya di Busan minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Fiat Chrysler, Mike Manley memberitahu FT bahawa firmanya itu terpaksa menghentikan operasi di satu daripada kilangnya di Eropah. Terdahulu, penganalisis memberi amaran bahawa masalah itu akan bertambah rumit jika Beijing melanjutkan cuti Tahun Baru Cina lebih panjang susulan coronavirus, dengan data rasmi menunjukkan wabak itu menjejaskan lebih 31,000 orang dan membunuh 636 nyawa.

Menurut profesor ekonomi di Inha University Korea, Cheong In-kyo, masalah utama adalah kita tidak tahu bagaimana wabak ini akan berakhir. Tambahnya, syarikat Korea Selatan bergantung sepenuhnya kepada bahagian dan komponen dari China. Katanya lagi, jika salah satu bahagian tiada, mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Reddit dan scmp.com

JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply