ARKIB

KATEGORI

Buletin

COVID-19 – Kakitangan Malaysia Airlines diminta cuti tanpa gaji secara sukarela

Berita Tempatan

Views

Berikutan dengan penularan COVID-19 yang kini dikategorikan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Free Malaysia Today melaporkan, Malaysia Airlines Bhd telah meminta kakitangannya untuk mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela sebagai langkah untuk menangani kesan kewangan akibat wabak maut tersebut.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Menurut dokumen yang dipetik dari portal The Edge, Malaysia Airlines menawarkan kesemua 13,000 pekerjanya pilihan untuk mengambil tiga bulan cuti tanpa gaji atau lima hari cuti tidak berbayar setiap bulan selama tiga bulan bermula pada bulan April.

Program cuti sukarela juga ditawarkan kepada pekerja lain dalam Malaysian Aviation Group (MAG), termasuk MAB Kargo, MAB Engineering, Firefly, dan MASwings. Inisiatif serupa telah diambil oleh syarikat penerbangan antarabangsa utama lain termasuklah Singapore Airlines, Cathay Pacific, dan British Airways.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail mengumumkan bahawa pihak pengurusan kanan telah bersetuju menerima potongan gaji 10 peratus dan memansuhkan elaun bagi mengurangkan kos operasi.

Beliau berkata, impak  COVID-19 kepada pasaran amatlah besar. Orang ramai tidak pergi melancong, perniagaan tidak beroperasi seperti biasa, dan landskap penerbangan telah berubah dengan ketara. Selain itu, Malaysia Airlines telah menggantung lebih daripada 1,600 penerbangan setakat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bloomberg

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply