ARKIB

KATEGORI

Buletin

COVID-19: Penumpang tren ETS 9173 pada 7 Mac digesa lakukan saringan kesihatan – KTMB

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyeru semua penumpang tren elektrik (ETS) No. 9173 membuat saringan kesihatan di hospital berdekatan sekiranya terdapat gejala berkaitan COVID-19. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Kamarulzaman Zainal, ini berikutan salah seorang mangsa wabak itu telah menaiki tren tersebut dari Stesen Butterworth ke Stesen Kuala Lumpur Sentral pada 7 Mac lepas.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Jelas beliau, warganegara Malaysia berusia 70 tahun itu merupakan mangsa ke-11 yang meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, kelmarin. Kamarulzaman berkata perkhidmatan tren itu telah dihentikan serta-merta dan kerja-kerja disinfeksi sepenuhnya telah dilakukan ke atas tren tersebut serta semua tren ETS lain, bagi keselamatan para penumpang dan kakitangan.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Kata beliau, semua petugas syarikat yang berada di dalam tren serta stesen-stesen terlibat juga telah diarahkan untuk membuat ujian saringan kesihatan. KTMB akan terus memantau pengoperasian tren-trennya dan sentiasa melaporkan perkembangan semasa tersebut kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Orang ramai disaran untuk mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman rasmi media sosial di Facebook (KTM Berhad), Twitter (@ktm_berhad), portal rasminya di www.ktmb.com.my atau menghubungi talian pusat panggilan di 03-22671200 untuk sebarang perkembangan terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply