ARKIB

KATEGORI

Buletin

COVID-19, pertelagahan antara Arab Saudi dan Rusia punca harga minyak mentah menjunam

Berita Global

Views

Berita Harian melaporkan, kejatuhan ketara harga minyak mentah dijangka memberi kesan negatif kepada firma berkaitan bahan api susulan kebimbangan penularan COVID-19 yang semakin meluas. Virus maut itu telah mengorbankan lebih ramai mangsa, menyebabkan peniaga menjual pegangan dalam aset berisiko untuk beralih kepada aset selamat.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Justeru, ia menyaksikan harga emas dan yen melonjak, manakala hasil Perbendaharaan AS mencatat paras terendah baharu. Penularan COVID-19 juga menjadi pencetus kepada penjualan besar-besaran di pasaran minyak mentah, apabila pengeluar minyak terbesar dunia Arab Saudi menurunkan harga, ke paras luar jangkaan.

Ini susulan selepas mereka bertelagah dengan Rusia mengenai pengeluarannya. Kedua-dua kontrak hadapan minyak mentah, susut lebih 20 peratus, selepas kerugian lebih 30 peratus pada awal pagi tadi. Arab Saudi melancarkan ‘perang harga habis-habisan’ semalam dengan menyaksikan penurunan harga minyak mentah ke paras terendah dalam tempoh 20 tahun.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Bloomberg melaporkan, ia berlaku selepas OPEC dan anggotanya gagal mencapai kata sepakat mengenai pengeluaran bahan api itu. Pertemuan diadakan OPEC sebelum ini dijangka mendapat persetujuan menurunkan pengeluaran untuk menstabilkan harga kesan COVID-19, dibantah Moscow. Sebagai tindak balas, Riyadh menurunkan harga kontrak April sebanyak AS$4 hingga AS$6 setong dalam penghantaran ke Asia dan AS$7 ke AS.

Keputusan Russia untuk tidak mematuhi OPEC telah menjejas 10 peratus harga minyak pada Jumaat lalu dan terdapat amaran harganya akan terus susut jika persetujuan gagal dicapai. Penganalisis Kanan Oanda, Jeffrey Halley berkata, Arab Saudi kini sedang menghukum Russia. Tambah beliau, harga minyak dalam tempoh beberapa bulan akan datang bakal mengehadkan pertumbuhan ekonomi global, dan Arab Saudi akan menjual pada harga murah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply