ARKIB

KATEGORI

Buletin

COVID-19: PLUS tunda pelaksanaan sistem kutipan tol RFID

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media hari ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan pihaknya terpaksa menunda tarikh pelaksanaan sistem kutipan tol menggunakan RFID di semua plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS dan LPT2 yang sepatutnya bermula pada 1 April nanti.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Ketika penularan wabak COVID-19, semua ujian dan kerja progresif berkaitan sistem tersebut dihentikan sementara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Persediaan ini akan kembali bersambung setelah tempoh PKP berakhir.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Apabila siap kelak, semua 83 plaza tol sistem tertutup di lebuh raya PLUS dan 10 plaza tol di LPT2 (Lebuhraya Pantai Timur 2) akan dilengkapi dengan kemudahan pembayaran tol menggunakan RFID. Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, pihaknya telah membuat keputusan untuk menjadualkan semula pelaksanaan pembayaran tol menerusi RFID di Lebuh raya PLUS dan LPT2 ke satu tarikh yang baharu yang akan diumumkan kemudian.

PLUS juga ingin mengingatkan semua pelanggannya agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan dan terus berada di rumah bagi membendung penularan Covid-19, untuk keselamatan diri dan keluarga.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply