ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Craig Breen maut dalam sesi ujian Rali Croatia

Sukan Permotoran

Views

Hyundai Motorsport menerusi satu kenyataan di akaun Facebooknya dengan dukacitanya memaklumkan, pemandu pasukan Craig Breen telah meninggal dunia dalam satu kemalangan semasa sesi ujian pra-acara untuk Rali Croatia, hari ini.

Pembantunya, James Fulton pula tidak mengalami sebarang cedera ketika kejadian yang berlaku sejurus selepas tengah hari waktu tempatan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Hyundai Motorsport turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Craig, rakan-rakan dan juga para peminatnya.

Buat masa ini, pihak Hyundai Motorsport tidak akan membuat sebarang komen lanjut berhubung dengan insiden tersebut.

Breen yang merupakan pemandu ketiga pasukan Hyundai, kembali menyertai pengeluar dari Korea Selatan itu setelah bersama dengan pasukan M-Sport-Ford musim lalu.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Warga Ireland berusia 33 tahun itu menduduki tempat kedua di Rali Sweden pada Februari lalu, yang menandakan permulaan WRC pertamanya musim ini.

Keputusan itu menyamai pencapaian terbaik sepanjang kerjayanya di WRC, setelah menduduki tempat kedua di Sweden 2018, Estonia 2020-2021, Belgium 2021 dan Sardinia 2022.

Salam takziah kami ucapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit British Rally Championship

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply