ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuba lari dari polis – Pemandu Proton Waja rempuh beberapa kenderaan

Tular

Views

Satu video menunjukkan pemandu kereta jenis Proton Waja, merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh, untuk melarikan diri dari polis, tular sejak tengah hari tadi. Menurut Berita Harian, video berdurasi satu minit 45 saat itu menunjukkan dua anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan itu selepas suspek enggan memberhentikannya.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

Kenderaan dengan nombor pendaftaran MAS175 itu kemudiannya merempuh bahagian belakang sebuah lori dan sisi kereta Perodua Myvi untuk mencelah di persimpangan lampu isyarat berkenaan. Selepas gagal untuk mencelah di antara dua kenderaan di hadapannya, suspek kemudian mengundurkan kereta ke belakang dan melanggar kereta lain.

Bagaimanapun selepas beberapa kali merempuh dua kenderaan di hadapannya, suspek akhirnya berjaya melepaskan diri lalu memecut kenderaannya. Kejadian yang dipercayai berlaku antara jam 12.50 tengah hari hingga jam 1 tengah hari tadi dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang turut berada di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mengesahkan kejadian itu berlaku di bawah bidang kuasa Balai Polis Sri Damansara, di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, namun anggota polis yang mengejar suspek dari IPD Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian yang tular itu dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply