ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuba rempuh dan lempar bom diesel pada bot Maritim Malaysia – Seorang nelayan Vietnam ditembak mati

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, Polis Kelantan mengesahkan seorang nelayan lelaki warga Vietnam, maut selepas terkena tembakan dilepaskan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan. Menurut Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat, kejadian itu berlaku pada pukul 11.40 malam tadi, kira-kira 81 batu nautika dari perairan Tok Bali, Pasir Puteh.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Kata beliau, siasatan awal polis mendapati anggota APMM yang sedang menjalankan rondaan di bawah Op Kuda Laut, menahan sebuah bot nelayan asing warga Vietnam yang menceroboh perairan negara. Menurut APMM, ketika bot berkenaan ditahan, nelayan berkenaan cuba melarikan diri dengan merempuh dan membaling bom diesel pada bot Penyelamat 7 milik mereka.

Anggota APMM terpaksa melepaskan tembakan dan terkena tubuh mangsa yang berumur kira-kira 30-an itu. Shafien berkata, tembakan yang dilepaskan oleh anggota APMM berkenaan adalah ketika bertugas dan mempunyai peruntukan undang-undangnya yang tersendiri.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Beliau berkata mayat nelayan warga asing itu dibawa ke darat dan sedang menunggu untuk dibedah siasat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh hari ini, manakala baki 12 nelayan asing yang berada di dalam bot berkenaan juga sedang dibawa ke darat oleh APMM ketika ini untuk siasatan lanjut.

Katanya buat sementara waktu, pihaknya menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39(a) Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan. Tambah beliau lagi, pihaknya masih belum menerima maklumat lengkap berkaitan kes ini kerana APMM Kelantan masih belum membuat laporan polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply