ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuba rentas negeri tanpa vaksinasi lengkap, suami isteri dikompaun

Berita Tempatan

Views

Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi Covid-19 yang lengkap, pada Isnin.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu ditahan selepas diperiksa dalam satu sekatan jalan raya di Inas, Jalan Kulai – Kota Tinggi.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Kata beliau, semalam pihaknya telah kompaun sepasang suami isteri yang didapati merentas negeri tanpa vaksin lengkap.

Tambahnya, pasangan ini dipercayai bergerak dari Perak menuju ke Kulai menggunakan Jalan Inas. Nilai kompaun adalah sebanyak RM2,000 setiap seorang.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Hussin berkata, pasangan berkenaan dikenakan kompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Katanya, usaha sedemikian akan terus dilakukan menerusi pemantauan dengan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekitar daerah ini.

Ujar beliau lagi, pihaknya akan terus menjalankan operasi dan nasihat akan sentiasa diberikan kepada masyarakat sebagai usaha membendung penularan wabak Covid-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply