ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cubaan menyeludup gagal, Wira Aeroback bawa 38 tong petrol terbabas

Berita Tempatan

Views

Sebuah kereta yang sarat membawa muatan 38 tong pelbagai saiz berisi petrol dipercayai untuk diseludup ke negara jiran terbabas di atas pembahagi jalan di hadapan sebuah pasar raya di Tendong di Pasir Mas, semalam.

K! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.10 pagi sebelum anggota Unit Rondaan Bermotosikal terus digerakkan ke lokasi kejadian.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian, anggota polis telah mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback sudah terbabas di atas pembahagi jalan.

Hasil maklumat orang ramai, pemandu kereta itu telah melarikan diri dengan menggunakan kereta jenis Perodua Myvi bernombor plat JKQ 6565 yang berwarna kelabu.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati ada seorang lelaki telah ditemui terbaring disyaki telah dilanggar oleh kereta tersebut.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, pemeriksaan ke atas kereta itu membawa kepada penemuan 38 tong plastik pelbagai saiz berisi cecair disyaki petrol dipercayai akan diseludup ke negara jiran.

DDD

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply