ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Cubaan pertama Theophilus Chin beri gambaran awal SUV Perodua 2023

Impresi Artis

Views
Perodua B-segment Crossover I

Kelmarin, kami ada menyiarkan artikel berkenaan spekulasi hangat yang mengatakan Perodua bakal memperkenalkan sebuah SUV yang dibina dari pelantar pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) untuk segmen-B (DNGA-B).

Model yang bakal menjadi pesaing terkuat kepada Proton X50 itu nanti dikatakan mempunyai dimensi 4,320 mm panjang x 1,770 mm lebar x 1,685 mm tinggi dan berat 1,283 kg. Menurut rakan media di Automachi.com, model tersebut mempunyai gaya reka bentuk ‘coupe‘.

Secara kebetulan, pada hari yang sama muncul pula beberapa foto intip model prototaip olok-olok dua buah SUV saiz sederhana hasil usaha sama Maruti Suzuki dan Toyota yang memulakan fasa awal ujian jalan raya di India.

Meskipun masih sarat dengan mod penyamaran, foto intip model tersebut seolah-olah mempunyai banyak persamaan dengan info yang dikatakan oleh Automachi dan juga ejen perisik kami, Mat Bond.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Autocar India melaporkan, SUV dengan namakod (YFG) untuk Maruti dan (D22) untuk Toyota itu nanti akan dihasilkan di kilang kedua Toyota yang terletak di Bidadi, Karnataka.

Model yang dibangunkan khusus untuk ‘pasaran baharu’ ini akan dijana oleh enjin Dual VVT-i 1.5L yang mampu menjana 106 PS dengan 137 Nm daya kilas dan digandingkan dengan transmisi D-CVT.

Seperti biasa, sahabat kami yang merupakan pakar manipulasi foto, Theophilus Chin yang sememangnya ‘berjiwa automotif’ menggunakan segala kepakarannya untuk cuba memberi gambaran awal mengenai model SUV tersebut.

Kata Theo kepada kami, dia menggunakan Suzuki Vitara sebagai asas rekaan kerana model tersebut mempunyai dimensi yang hampir sama dengan model SUV yang diwar-warkan itu.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Tambahnya, jarak di antara gandar Vitara yang asal telah dipanjangkan sedikit, selain menambahkan ketinggian lega tanah, tiang-A yang lebih melengkung dan penggunaan saiz roda yang lebih besar.

Theo turut menggabungkan rekaan bahagian atas badan (upper body) model Volvo XC60, lengkung tayar dan bumbung dari Toyota Corolla Cross dan lapik pelindung sisi badan bahagian bawah dari Toyota Yaris Cross.

Selain itu, dia juga menjadikan rekaan sisi Perodua X Concept sebagai rujukan dan disebabkan model SUV segmen-B ini lebih panjang, dia telah menambah ‘tingkap suku’ pada tiang -C.

Dari depan model rekaan Theo ini mempunyai ‘wajah mirip’ Proton X50 manakala lampu belakangnya diinspirasikan dari Toyota Sequoia.

Secara keseluruhan, cubaan pertama dari Theo ini berjaya memberikan imaginasi awal mengenai bakal SUV Peordua nanti dan katanya, dia akan cuba ‘membuat versi lain’ pula setelah mendapat info dan foto yang selanjutnya. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

Foto kredit 91wheels.com

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply