ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cubaan seludup alat ganti kereta berjumlah RM1.1 juta gagal

Berita Tempatan

Views

Jabatan Kastam Diraja Malaysia menggagalkan cubaan menyeludup alat ganti kereta dianggarkan berjumlah RM1.1 juta menerusi tiga serbuan di Machap dan Johor Bahru pada 8 Julai lalu.

Menurut Sinar Harian, Pengarah Kastam Johor, Sazali Mohamad berkata, dalam serbuan pertama pada jam 5.30 petang, pasukan penguat kuasa menahan sebuah treler di Kilometer 75.4 Lebuhraya PLUS (arah utara) di Machap dan merampas 8,194 unit alat ganti kenderaan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Pada hari dan masa yang sama, anggota penguat kuasa melakukan serbuan ke atas sebuah treler di Taman Ekoperniagaan Johor Bahru dan merampas 2,898 unit alat ganti kenderaan.

Tambah beliau, selain alat ganti kenderaan, anggota penguat kuasa juga menemukan 4,530 bungkus makanan dan 1,282 unit peralatan komputer peribadi terpakai yang tidak mempunyai permit import sah.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Sazali berkata, dalam serbuan ketiga pada jam 7.10 malam, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan ke atas sebuah treler di Danga Bay dan merampas 650 unit alat ganti kenderaan.

Katanya, kesemua alat ganti kenderaan yang dirampas itu diimport dari negara jiran dengan dokumen pengikraran pengimportan dipercayai tidak benar.

Anggaran keseluruhan nilai barang rampasan RM1.1 juta dan cukai sebanyak RM222,628. Ketiga-tiga pemandu lori treler terdiri daripada lelaki warga tempatan berusia 33 hingga 61 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply