ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cubaan ‘seludup dadah dalam enjin dan kotak gear lusuh’ ke Malaysia digagalkan Kastam Thailand

Berita Global

Views

Bernama melaporkan, Kastam Thailand merampas 62 kilogram (kg) dadah jenis ‘ice’ atau crystal methamphetamine bernilai kira-kira 37 juta baht (RM4.97 juta) yang disembunyikan di dalam sebuah kontena dipercayai untuk dihantar ke Malaysia.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Susulan rampasan di sebuah pelabuhan di Bangkok pada Isnin lalu, seorang lelaki warga Thailand turut ditahan. Ketua Pengarah Jabatan Kastam Pabean Patchara Anantasilp berkata, bertindak berdasarkan maklumat, operasi bersama dilakukan dan memeriksa satu kontena.

Katanya, hasil pemeriksaan sinar-X pada kontena pihaknya telah mengesan objek mencurigakan di dalam kontena. Setelah membuka kontena tersebut, pihaknya telah menemui semua dadah berkenaan. Tambah beliau, pegawai penguat kuasa menemui bungkusan teh mengandungi dadah berkenaan yang disembunyikan di dalam enjin dan kotak gear yang sudah rosak dan usang.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Sementara itu, wakil Ketua Polis Negara, Jeneral Manu Mekmok berkata, seorang lelaki warga tempatan dari selatan Thailand, yang dinamakan sebagai pengeksport kontena itu telah ditahan untuk membantu siasatan. Kata beliau, pihaknya berharap memperoleh lebih banyak maklumat dan mencari individu lain yang mungkin terlibat.

Seorang pegawai penyiasatan Kastam berkata, suspek itu memiliki rekod jenayah dan sedang dalam pemantauan. Kata pegawai itu lagi, dokumen menunjukkan tujuan eksport terakhirnya adalah Malaysia namun kami yakin dadah tersebut akan dieksport ke negara lain dengan harga yang lebih tinggi apabila tiba di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply