ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cukai jalan tak boleh dikecualikan, ganggu kelancaran pentadbiran negara – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak akan mengambil langkah populis untuk mengecualikan cukai jalan kepada pengguna kenderaan di negara ini memandangkan ia hasil diperoleh kerajaan yang akan digunakan semula untuk menfaat rakyat.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook, berkata kerajaan menerima hasil lebih RM2 bilion setiap tahun dari cukai jalan dan gesaan pengecualiannya hanya akan menjejaskan kelancaran pentadbiran negara.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Jelas beliau, cukai jalan adalah satu hasil kepada kerajaan dan jika ia mahu kecualikan, sudah tentu akan menjejaskan perjalanan pentadbiran negara.

Tambah beliau, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hampir RM4 bilion lebih setiap tahun dan sebahagian besar adalah daripada cukai jalan, lebih RM2 bilion.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan khususnya MOT sentiasa berusaha sedaya mungkin untuk mengurangkan kos hidup rakyat menerusi pendekatan dan tindakannya termasuk langkah pengecualian mempamerkan cukai jalan pada kenderaan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Beliau berkata, langkah MOT untuk mengecualikan kenderaan mempamerkan cukai jalan bukan langkah mandatori atau wajib, sebaliknya ia pilihan untuk semua pengguna kenderaan.

Katanya, bagi mereka yang berdepan masalah akses kepada digital atau warga emas yang tidak mahir dengan pendigitalan, mereka masih boleh meneruskan penggunaan yang lama seperti biasa.

Dalam pada itu, Anthony mengakui rungutan sesetengah pihak mengenai sistem aplikasi telefon pintar MyJPJ yang berdepan pelbagai gangguan untuk diakses, namun MOT akan terus berusaha menambah baik aplikasi itu demi keselesaan penggunanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ministry of Transport Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply