Ini berita yang menceriakan pagi kita! Berita Harian melaporkan, motosikal dan kereta persendirian yang cukai jalan tamat tempoh tidak lebih 36 bulan atau tiga tahun boleh membuat pembaharuan tanpa perlu menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mulai Jumaat ini.
JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton
Perkara itu diumumkan menerusi satu pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertarikh kelmarin sebelum ia tular di media sosial. Menerusi surat pekeliling berkenaan, dua jenis kenderaan berkenaan yang mempunyai cukai jalan sudah tamat tempoh selama 12 bulan dan tidak melebihi 36 bulan dibenarkan memperbaharui cukai itu tanpa perlu pemeriksaan kenderaan oleh PUSPAKOM.
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
Untuk proses pembaharuan cukai jalan, pemilik kenderaan boleh membuat memperbaharuinya secara dalam talian namun perlu menggunakan transaksi MySikap. Bagi kenderaan yang cukai jalannya tamat tempoh lebih 36 bulan, masih perlu membawa kenderaan terbabit ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan seperti biasa. Difahamkan, perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Pengangkutan petang ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
KOMEN TERKINI