ARKIB

KATEGORI

Buletin

“Cukupkan 40 jam seminggu waktu kerja di pejabat atau sila berhenti!” – Elon Musk

Berita Global

Views

Elon Musk mengarahkan semua kakitangannya di Tesla Inc untuk kembali bekerja di pejabat atau meninggalkan syarikat itu.

Astro AWANI melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc itu dalam satu memo memaklumkan, kesemua warga syarikat itu perlu bekerja sekurang-kurangnya 40 jam seminggu di pejabat.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

“Ini adalah kurang daripada yang kami minta daripada pekerja kilang. Jika tidak hadir, kami menganggap anda telah meletak jawatan.

“Semakin kanan jawatan anda, kehadiran anda perlu lebih jelas,” ujarnya dalam satu memo yang dihantar kepada kakitangannya yang tular di media sosial baru-baru ini.

Setakat ini, Tesla masih belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan kenyataan.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Bagaimanapun, bilionair terkenal itu dilihat secara tidak langsung telah ‘mengesahkan’ perkara itu menerusi Twitternya sendiri, apabila menjawab soalan seorang pengguna yang meminta komennya terhadap pihak yang menganggap bekerja di pejabat adalah konsep kuno.

Musk menjawab, “Mereka harus berpura-pura bekerja di tempat lain,”. Firma teknologi utama di Silicon Valley tidak memerlukan pekerja kembali sepenuh masa ke pejabat, berikutan keengganan sesetengah pekerja dan juga kemunculan semula kes-kes COVID-19 di California.

Pada Mei 2020, Musk membuka semula kilang Tesla di Fremont, California, melanggar arahan sekatan pergerakan Alameda County bagi membendung penularan COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply