ARKIB

KATEGORI

Buletin

Curi kereta peronda polis – Penjual ikan bilis mengaku tidak bersalah

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, seorang penjual ikan bilis didakwa di Mahkamah Majistret di Butterworth hari ini atas enam pertuduhan termasuk menyamar penjawat awam, mencuri kenderaan polis dan merompak. Tertuduh, Mohamad Azrullah Mohd Rodzi, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.

Bagi pertuduhan pertama Mohamad Azrullah didakwa mencuri sebuah kereta jenis Honda Civic milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di cawangan kereta peronda di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada 9.15 malam, 24 Oktober.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Azrullah telah didakwa mencuri sebuah telefon bimbit jenis Vivo dan sebuah telefon bimbit iPhone 8 Plus daripada Nurul Atieka Mazlan di Kedai Vivo Pokok Sena, Tasek Gelugor pada 10 malam, 24 Oktober.

Untuk pertuduhan terakhir, tertuduh telah didakwa melakukan satu perbuatan cuba merompak mangsa Tang Chye Hong di sebuah kedai di Jalan Permatang Manggis, Tasek Gelugor pada 10 malam, hari yang sama. Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh turut didakwa menyamar penjawat awam iaitu sebagai pegawai polis bagi tujuan mencuri kenderaan polis, mencuri telefon bimbit dan menangkap mangsa.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humairah Kamaruzaman yang tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 379, Seksyen 379A, Seksyen 170 dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan. Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Muhaimin Hashim telah memohon supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental.

Majistret telah membenarkan permohonan peguam untuk menghantar tertuduh ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi tempoh sebulan untuk pemeriksaan kesihatan. Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM17,500 berserta tiga orang penjamin bersama syarat tambahan bahawa tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan menetapkan 27 November sebutan semula kes.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply