ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Cusco perkenal jentera rali Toyota C-HR

Sukan Permotoran

Views

Bila sebut nama Cusco mungkin ramai yang masih ingat jentera rali Group N, Proton Satria Neo yang dibina oleh mereka dengan liveri bertemakan ‘anime’ Jepun kan? Semalam Carroser Co., Ltd. dengan bangganya menumumkan Pasukan Rali Dunia Cusco telah membina sebuah jentera rali dari model Toyota C-HR yang bakal bertanding dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik FIA (APRC),Siri Rali Super Jepun (JSR) dan beberapa siri Rali Antarabangsa FIA.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Jentera rali C-HR ini dibangunkan dengan merujuk segala data perlumbaan dari Yaris 4WD yang kini sedang bersaing dalam APRC dan JSR. C-HR rali ini juga dibangunkan untuk menepati peraturan APRC AP4 untuk casis, transmisi dan juga enjin.

Transmisi dan enjin C-HR ini adalah unit yang sama, iaitu TRD-8AR, 2.0 liter turbo dan kotak gear 5-kelajuan berjujukan (sequential) Drenth. Selain itu, Cusco turut membangunkan sistem suspensi dan pembezaan (differential) secara eksklusif.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Jentera ini telah diuji oleh Cusco dan ujiannya telah dimulakan sejak Julai lalu. Mereka sedang dalam perancangan untuk melancarkan kereta rali ini dan mengumumkan harganya dalam masa terdekat.

Spesifikasi Toyota C-HR Cusco secara ringkas:

Model asas : Toyota C-HR
Enjin : TRD-8AR 2.0 liter turbo
Transmisi : 5-kelajuan berjujukan (sequential) Drenth
Suspensi : Cusco
Pembezaan (Differential) : Cusco

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply