ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuti cukai bakal dilanjutkan hingga 30 Jun 2021

Berita Tempatan

Views

Ini berita yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pemain industri dan juga bakal pembeli kereta baharu. Rakan kami di WapCar.my melaporkan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) hari ini mengesahkan bahawa tempoh pengecualian cukai jualan (SST) yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2020 ini akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Ini bermakna, pembeli akan mempunyai tempoh 6 bulan lagi untuk menikmati ‘cuti cukai’ bagi model CKD dan CBU seperti yang tertakluk dalam inisiatif PENJANA sebelum ini. Sebelum ini, MOF dilaporkan telah menolak rayuan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk memanjangkan tempoh pengecualian cukai berkenaan.

Selain itu MOF mengesahkan bahawa semua kereta penumpang yang dipasang di dalam negara (CKD), termasuk SUV dan MPV, (tetapi bukan kenderaan komersial seperti trak pikap) akan terus dikecualikan daripada membayar cukai jualan 10 peratus sehingga 30 Jun 2021.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Kereta baharu dan import yang diimport (CBU) pula akan terus membayar cukai jualan separuh dari kadar asal (5 peratus) sehingga 30 Jun 2021. Nampaknya, pengeluar kereta perlu menarik balik senarai harga untuk model 2021 dan mereka akan memerlukan sedikit masa untuk mengeluarkan senarai harga baharu.

Jadi, anda perlu bersabar sementara menanti sebarang pengumuman terkini daripada pihak syarikat. Selain itu, MOF juga dilapor telah membatalkan cadangan kiraan harga kereta baharu secara OMV untuk kenderaan baharu berkuatkuasa tahun 2021. Ia bakal menyaksikan kenaikan harga kereta sehingga 20 peratus telah dibatalkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply