ARKIB

KATEGORI

Tular

Dah bergerak sejauh 150 km, baru perasan tertinggal isteri

Tular

Views

Seorang lelaki di Thailand secara tidak sengaja meninggalkan isterinya di tengah-tengah perjalanan semasa berhenti seketika untuk menggunakan tandas, sekali gus memaksa wanita berkenaan berjalan kaki lebih 19.31 kilometer (km), lapor laman berita NDTV kelmarin.

Boontom Chaimoon, 55 dan isterinya, Amnuay Chaimoon, 49, melakukan perjalanan dengan sebuah trak pikap Isuzu D-Max pada Ahad lalu untuk menghabiskan cuti di kampung halamannya di wilayah Maha Sarakham.

Pasangan itu berada di dalam kenderaan tersebut sehingga si suami berasa perlu pergi ke tandas. Dia kemudian menghentikan kenderaannya di tepi jalan pada pukul 3 pagi (waktu tempatan).

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Bagaimanapun, isterinya turut melangkah keluar dari kereta dan memberanikan diri pergi ke tepi hutan berhampiran untuk membuang air kecil.

Namun, si suami yang kembali ke kenderaannya tidak menyedari bahawa si isteri masih belum muncul. Sejurus kembali ke kenderaan,

Amnuay tidak menemui kereta atau suaminya lalu menyedari Boontom telah pergi meninggalkannya bersendirian.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Dia juga tidak membawa telefon bimbitnya kerana ia disimpan di dalam beg yang ditinggal dalam kenderaan tersebut.

Memandangkan hari gelap, wanita itu sangat takut dan keliru sebelum memutuskan untuk berjalan kaki bagi mendapatkan bantuan.

Dia berjalan kira-kira 20 km sehingga sampai ke daerah Kabin Buri pada pukul 5 pagi (waktu tempatan) dan dapat menghubungi polis tempatan yang memintanya menelefon suaminya.

Dalam pada itu, ketika sudah berada sejauh lebih 150 km, Boontom baru menyedari apa yang berlaku dan dia dengan pantas berpatah balik untuk mengambil isterinya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit New York Post

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply