ARKIB

KATEGORI

Tular

Dah la naik motosikal curi, kantoi pulak guna nombor plat Pengarah JPJ

Tular

Views

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) menerusi satu hantaran memaklumkan, pihaknya telah menahan dua lelaki warganegara Malaysia yang menunggang dan membonceng motosikal jenis Honda C-100 berwarna hitam yang dalam keadaan mencurigakan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Mereka ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari cawangan Penguatkuasaan JSPT KL yang mengadakan sekatan jalan raya Operasi Motosikal Pelbagai Kesalahan di Jalan Tiara Titiwangsa off Jalan Pahang, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Hasil semakan mendapati motosikal yang ditunggangi mereka menggunakan nombor pendaftaran yang dimiliki oleh Ketua Pengarah JPJ Malaysia.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Motosikal tersebut juga masih dilaporkan hilang dan mempunyai kaitan dengan laporan di Balai Polis Chow Kit pada 17 Ogos 2022.

Tangkapan telah pun dibuat ke atas suspek serta motosikal yang ditunggang dirampas bersama serangkai anak kunci dan bawa balik ke JSPT KL untuk tindakan selanjutnya. Kes ini disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JSPT KL

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply