ARKIB

KATEGORI

Tular

Dah la takde lesen, halang pula aliran trafik semata-mata nak buat video Tik Tok

Tular

Views
@the_claudiaa@kennaofficial_ @valeriadushku @antonelacinaa @fullmoon_production @kastro.official ##fy♬ original sound – klaudia_the_director

Ini la yang dikatakan “dah tua pun bodoh”. Tular satu video di laman Tik Tok memaparkan aksi ‘gedik’ empat wanita yang dikatakan pempengaruh media sosial dengan sengaja menghalang lalu lintas semata-mata untuk merakamkan video bagi dijadikan kandungan di akaun Tik Tok mereka.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Kejadian tersebut berlaku di Albania pada 22 Ogos lalu semasa mereka sedang menaiki sebuah Mercedes-Benz E-Class Cabrio yang secara tiba-tiba berhenti dan merakamkan aksi tarian di tengah-tengah jalan. Ini menyebabkan lalu lintas menjadi sesak dan menyebabkan pengguna jalan raya lain berang.

Tindakan ‘bodoh’ mereka memuat naik video tersebut telah berjaya dihidu oleh Polis Albania dan mereka kemudiannya ditahan atas kesalahan “melakukan tindakan terlarang di jalan raya, mewujudkan keadaan berbahaya dan kesesakan lalu lintas.”

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Hasilnya, kenderaan yang dinaiki mereka dirampas sebagai “bahan bukti” dan pemandu kereta berusia 21 tahun itu telah didenda sebanyak 50,000 lek (RM2,020). Lebih mengejutkan, wanita itu sebenarnya langsung tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Maka dengan itu, pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti dan mendakwa individu bertanggung jawab yang telah membenarkan kenderaannya dipandu oleh warganegara yang tidak memiliki lesen memandu.

Semoga kisah ini menjadi iktibar dan jangan pula ada yang cuba-cuba untuk meniru perbuatan mereka di sini ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply