ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dah la tiada lesen memandu, positif ganja pula

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire yang dipandu oleh seorang ahli perniagaan gagal mengaburi pihak berkuasa apabila dia ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu. Lelaki 43 tahun itu juga turut dikesan positif ganja malah memiliki barangan terlarang itu apabila diperiksa pihak berkuasa dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Jalan Syed Abdul Aziz, Banda Hilir di Melaka, malam tadi.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Muhammad Firdaus Sharif,  lelaki itu diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang turut terbabit dalam operasi berkenaan. Katanya, dalam operasi yang sama seorang ibu muda beranak tiga berusia 23 tahun turut ditahan selepas didapati positif dadah jenis ‘methamphetamine‘.

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

Jelas beliau, dalam operasi selama empat jam itu, seramai 27 individu berusia 23 hingga 43 tahun menjalani saringan air kencing dan enam daripada mereka didapati positif dadah jenis ganja, opiat dan methamphetamine. Tambahnya, dua pasangan warga negara Nigeria turut ditahan kerana tidak memiliki pas perjalanan yang sah.

Selain JPJ dan AADK, turut terbabit dalam operasi itu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Muhammad Firdaus berkata, dalam operasi sama, sebanyak 103 kesalahan dikesan membabitkan cermin gelap, selain tujuh kenderaan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi manakala empat lagi didapati memasang lampu tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply