ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dah tiba masanya kerajaan beri kelonggaran rentas negeri – Pakar

Berita Tempatan

Views

Kelonggaran pergerakan wajar diberi memandangkan negara sudah mencapai liputan imunisasi yang tinggi iaitu mencecah 60 peratus populasi dewasa.

Menurut Harian Metro, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan kelonggaran bagi perjalanan rentas negeri dan aktiviti pelancongan.

Bagaimanapun, katanya, kelonggaran itu perlu terhad dalam kalangan individu yang sudah menerima suntikan vaksinasi lengkap. Katanya, jika mahu rentas negeri untuk pulang ke kampung menziarahi ibu bapa, mereka perlu memastikan ibu bapa mereka juga sudah divaksinasi.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ini kerana risiko untuk individu itu menjangkiti ahli keluarga yang belum divaksin itu masih ada. Sekarang ini liputan imunisasi sudah tinggi jadi tiada sebab lagi untuk seseorang itu tidak mendapat vaksin.

Namun aktiviti sosial seperti penganjuran majlis atau kenduri yang membabitkan orang ramai berkumpul perlu dielakkan. Beliau mengulas mengenai kerajaan dijangka memberi lebih banyak kelonggaran termasuk pergerakan rentas negeri dalam tempoh terdekat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, perbincangan berhubung kelonggaran SOP giat dibuat, bersandarkan fakta sains dan petunjuk semasa.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Beliau juga dilaporkan berkata, kerajaan akan meningkatkan kadar pemberian vaksin di negeri yang masih merekodkan liputan bawah paras 60 peratus.

Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, kerajaan juga boleh mempertimbangkan memberi kelonggaran bagi aktiviti pelancongan tertentu, namun dengan SOP yang ditetapkan.

Katanya, individu lengkap vaksin perlu terus mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka di tempat awam dan menjaga jarak fizikal, maka kes baharu tidak akan meningkat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply