ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu bawa 4 model konsep ranggi ke Tokyo Motor Show 2019

Berita Global

Views

Seperti biasa acara dwi-tahunan Tokyo Motor Show tidak akan lengkap jika tiada pameran kereta konsep yang unik dan pelik dari wakil tuan rumah. Untuk edisi kali ini, pengeluar kereta kompak Daihatsu, bakal mempertontonkan empat model konsep yang pada kami mempunyai keunikan yang tersendiri dengan rekaan yang ranggi.

Bertemakan “Gathering – warming up everyone’s lives,” anak syarikat Toyota ini membawa empat model konsep yang setiap satunya mempunyai nama seakan nama saintifik haiwan dalam Bahasa Jepun iaitu Ico Ico, Tsumu Tsumu, Wai Wai, dan Waku Waku.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Daihatsu Waku Waku

Model konsep kei car gaya crossover ini tampil dengan rekaan yang hampir ke arah model pengeluaran. Memandangkan crossover kecil sangat popular ketika ini, ia mungkin memberi motivasi kepada Daihatsu untuk membinanya.

Walaupun bersaiz kecil, crossover dengan rekaan berbentuk kotak ini menampilkan unsur rekaan yang lasak, sebagai contoh pelapik pada lengkung tayar, bampar off-road dan lega tanah yang tinggi. Pada hemat kami, mungkin Daihatsu Waku Waku memberi isyarat kepada Suzuki supaya bersedia untuk menerima pesaing kepada Jimny nanti.

Daihatsu Wai Wai

Wai Wai merupakan model konsep Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) kecil yang menawarkan enam tempat duduk tiga baris dan menampilkan rekaan yang agak mesra yang membezakannya daripada minivan konvensional. Rekaannya menggabungkan elemen retro moden dengan gabungan bentuk organik dan geometrik.

Sekilas pandang, ia persis Volkswagen Combi versi Jepun dengan gaya yang lebih santai. Ia mempunya pintu depan bukaan biasa dan juga pintu gelongsor di belakang tanpa tiang-B di tengah-tengah. Ini sekaligus memudahkan penumpang masuk ke dalam ruang kabinnya dengan lebih mudah.

Dua bumbung suria yang boleh dilipat memberikan lebih pencahayaan masuk menerangi ruang kabin. Reka bentuk papan pemuka sangat minimalis dengan stereng yang bersambung dengan konsol tengah. Paling menarik adalah paparan skrin besar melintang di sepanjang papan pemuka. Ada kemungkinan model ini juga berpotensi untuk dijadikan model pengeluaran pada masa.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Daihatsu Tsumu Tsumu

Ini merupakan model konsep yang paling kami suka dalam banyak-banyak model konsep yang Daihatsu bakal pertontonkan. Ia merupakan sebuah trak cilik pelbagai guna yang mempunyai pelantar muatan modular yang dilengkapi dengan unit dron besar. Namun kata Daihatsu, trak ringan Tsumu Tsumu juga boleh mengangkut pelbagai benda sebagai contoh unit perkhemahan.

Kabinnya agak luas walaupun tubuhnya agak kecil dan konsep bukaan pintunya memudahkan penumpang masuk serta menawarkan lebih ruang kargo. Selain itu, tempat duduk penumpangnya juga boleh dilipat secara berasingan. Menurut Daihatsu, Tsumu Tsumu ini memberi gambaran kepada trak ringan generasi baharu untuk pasaran Jepun. Kalau ganti Grand Max pun menarik juga kan?

Daihatsu Ico Ico

Akhir sekali, model konsep yang mirip sebuah bas mikro yang diberi nama Ico Ico. Ia merupakan kenderaan pengangkut tanpa pemandu yang membolehkannya melalui jalan yang sempit. Ico Ico sesuai untuk dijadikan kenderaan pengangkutan awam dan ia dilengkapi dengan pelantar yang boleh ditarik bagi memudahkan laluan naik kepada golongan kurang upaya yang berkerusi roda. Daihatsu tidak memberitahu berapa penumpang yang mampu dibawa oleh Ico Ico, tetapi jika diperhatikan kepada foto yang dibekalkan nampaknya ia mungkin mempunyai empat tempat duduk.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply