ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu bawa model konsep unik ke Tokyo Auto Salon 2020

Berita Global

Views

Pakar kereta kompak (kei car) Daihatsu bakal menghangatkan pentas Tokyo Auto Salon 2020 dengan membawa beberapa model konsep yang unik sempena acara tersebut. Tidak kurang dari sembilan kenderaan bakal dipamerkan nanti, lapan daripadanya terdiri daripada kei car atau kei truck.

Paling mencuri tumpuan adalah model crossover Daihatsu Taft yang merupakan versi konsep sedia produksi yang dikatakan sebagai crossover ringan pertama di dunia. Daihatsu Taft memberi bayangan kepada versi pengeluaran model konsep Waku Waku yang dipamerkan semasa Tokyo Motor Show 2019.

JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Sebenarnya nama Daihatsu Taft diambil sempena akronim “Tough & Almighty Fun Tool” dan dijangka diperkenalkan pada pertengahan tahun 2020. Model cilik ini berukuran 3,395-mm panjang, 1,475-mm lebar, 1,630-mm tinggi dan bakal dijana oleh enjin tiga silinder pengecas turbo berkapasiti 660cc. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT dan dipacu oleh roda hadapan.

Menurut Daihatsu, Taft merupakan crossover ringan baharu yang sesuai untuk kegunaan harian dan juga waktu lapang. Model dengan rekaan berpetak ini didatangkan dengan bumbung kaca dan ruang simpanan barang yang mudah digunakan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

Selain Taft, Daihatsu turut menampilkan tiga model konsep kei car yang berdasarkan model Tanto, iaitu Tanto Custom Premium Concept dengan gaya mewah, Tanto Cross Field Concept yang disasarkan untuk gaya hidup aktif dan Tanto Marvel Spider-Man yang dibalut dengan pelekat badan diinspirasikan dari komik adiwira tersebut.

Ada lagi tiga model konsep yang agak pelik pada pemerhatian kami iaitu Hijet Truck versi kendera saji yang boleh menjadi warung kopi bergerak, konti dj bergerak dengan paparan skrin besar dan sebuah lagi sesuai untuk kegunaan penggemar sukan mendaki. Akhir sekali, Daihatsu turut membawa model Rocky Sporty Style dan Copen GR Sport yang dilengkapi dengan pelbagai aksesori.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply