ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu dan Perodua sambung tajaan Perodua Malaysia Masters hingga 2021

Berita Tempatan

Views

Daihatsu dan Perodua semalam telah mengumumkan mereka akan terus menjadi penaja kepada kejohanan badminton Perodua Malaysia Masters untuk tempoh dua tahun lagi. Perodua Malaysia Masters bakal menjadi acara pembuka tirai kalendar siri HSBC World Tour Super 500 dan kejohanan yang berlangsung dari 7-12 Januari 2020 itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah 400,000 Dolar Amerika.

Acara ini bakal menyaksikan kehadiran jaguh-jaguh badminton terbaik dunia yang bakal berentap di Axiata Arena, Kuala Lumpur. Dengan pengumuman tersebut, Daihatsu dan Perodua akan meneruskan komitmen untuk membangunkan sukan badminton di Malaysia dan berjanji akan memberikan pengalaman kejohanan yang menakjubkan buat para peminat.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Daihatsu, Perodua dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyasarkan untuk memberi pendedahan dan kemeriahan dari kejohanan tersebut untuk membangunkan sukan badminton dari peringkat akar umbi. Lanjutan kerjasama antara Daihatsu, Perodua dan BAM akan terus mengukuhkan ikatan dan impian para pemain badminton muda di Malaysia dan juga sukan itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua akan menggemblengkan segala usaha untuk membantu golongan muda untuk berkembang dalam sukan badminton. Dengan kejayaan tahun kedua Program Pembangunan Bakat Badminton dan liputan penyiaran kelas-dunia untuk Perodua Malaysia Masters 2020, ia bakal menjadi lebih signifikan kerana kita semakin hampir dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Datuk Zainal berkata, beliau yakin para belia akan mendapat insprasi dan digalakkan untuk merealisasikan potensi sukan mereka. Para peminat bakal menyaksikan gandingan beregu Goh Liu Ying-Chan Peng Soon dan bintang-bintang masa depan memasuki arena untuk menunjukkan kehebatan dan pengalaman di depan penyokong tuan rumah.

Presiden BAM, Datuk Sri Norza Zakaria berkata, mereka teruja kerana memiliki pemain bertaraf dunia yang akan mempamerkan kehebatan mereka untuk meraih gelaran Perodua Malaysia Masters. Ia pasti akan meningkatkan status kejohanan tersebut. Tambah beliau, dengan sokongan padu penyokong tuan rumah di Axiata Arena, pemain dijangka memperbaiki catatan podium mereka tahun lalu. Tiket boleh dibeli menerusi https://myticket.asia/ mulai 25 November jam 12 tengah hari.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply