ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu HY Fun Concept – Bayangan awal model pengganti Toyota Avanza/Daihatsu Xenia?

Berita Global

Views

Gaikindo Indonesia Auto Show (GIIAS) 2019 telah membuka tirainya semalam dan pengeluar kereta kompak dari Jepun, Daihatsu membuat kejutan dengan mempertontonkan sebuah model MPV dengan teknologi hibrid yang dikenali HY Fun Concept.

JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

Dengan rekaan futuristik dan moden, model ini telah berjaya mencuri tumpuan pengunjung di pameran tersebut. HY Fun Concept merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) enam tempat duduk dengan susunan tiga baris. Ia dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang bakal menjadi asas kepada model-model generasi baharu Daihatsu dan mungkin juga Perodua pada masa depan.

Model konsep ini dilengkapi dengan beberapa ciri canggih seperti Brek Kecemasan Aktif Autonomi, Pengecaman Wajah dan Lampu Tinggi Automatik. Selain itu, HY Fun Concept turut dilengkapi dengan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Besar kemungkinan HY Fun Concept memberi petunjuk awal model pengganti Toyota Avanza/Daihatsu Xenia dan kami menjangkakan ia akan dihasilkan dalam masa dua tahun lagi. Sebelum ini model konsep DN Multisix pada tahun 2017 telah dijelmakan dalam bentuk produksi menjadi Toyota Rush/Daihatsu Terios/Perodua Aruz, jadi tidak mustahil HY Fun Concept mengikut jejak yang sama nanti.

Kebetulan pula HY Fun Concept muncul selang sehari selepas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, mengumumkan yang mereka bakal memperkenalkan model hibrid pada masa depan. Mungkin, Perodua boleh menggunakan pelantar model HY Fun Concept untuk membangunkan model pengganti kepada Alza yang semakin ditelan usia.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply