ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu lancar MPV hibrid baharu bulan Oktober 2021 – Adakah ini bakal pengganti Alza (D27A)?

Berita Global

Views

Portal permotoran berbahasa Jepun, BestCarWeb.jp baru-baru ini mendedahkan rakan teknikal Perodua, Daihatsu kini sedang rancak membangunkan sebuah MPV tujuh tempat-duduk hibrid baharu yang dijangka bakal diperkenalkan pada bulan Oktober 2021.

Namun, buat masa ini maklumat mengenai model masih terhad dan besar kemungkinan ia dibangunkan dari pelantar terbaharu Daihatsu, DNGA yang menjadi asas kepada model Perodua Ativa, Daihatsu Rocky, Toyota Raize.

Difahamkan, ada dua pilihan penjana yang bakal ditawarkan, enjin 1.5 liter hibrid yang kini digunakan pada model Yaris Cross dan juga enjin 1.3 liter hibrid yang dibangunkan sendiri oleh Daihatsu, berkemungkinan versi hibrid ringan.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Ada sumber lain mengatakan, model tersebut adalah pengganti kepada Toyota Sienta yang bakal dipasang oleh Daihatsu secara kontrak, sama seperti Toyota Raize/Daihatsu Rocky. Kami berpendapat, model yang sedang dipersiapkan itu ada kaitan dengan model MPV tujuh tempat-duduk yang dibangunkan khusus rantau Asia Tenggara, khususnya Indonesia dan Malaysia.

Dalam artikel terdahulu, kami pernah menyiarkan foto intip kelibat model ujian olok-olok LMPV dari Toyota-Daihatsu yang akan diperkenalkan di Indonesia pada tahun ini. Model tersebut juga diwar-warkan sebagai bakal menjadi Perodua Alza generasi baharu (namakod D27A).

LMPV ini merupakan versi pengeluaran dari model konsep Daihatsu HY Fun Concept yang telah dipertontonkan semasa Pameran Kenderaan Antarabangsa GAIKINDO pada tahun 2019. Ada yang mengatakan model ini bukanlah pengganti kepada Toyota Avanza atau Daihatsu Xenia di Indonesia kerana ia merupakan produk baharu sepenuhnya yang bakal bersaing dengan Mitsubishi Xpander.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Semasa pameran yang sama pada tahun 2017, Daihatsu telah mempertontonkan model konsep MPV dengan gaya crossover/SUV yang diberi nama DN Multisix Concept. Model yang sama juga turut dibawa ke Jepun sempena Tokyo Motor Show 2017.

Secara kebetulan pula setahun selepas itu di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18), Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, mengumumkan yang mereka bakal memperkenalkan model hibrid pada masa depan.

Kami meramalkan model pengganti Alza (D27A) bakal diperkenalkan seawal tahun hadapan dan setakat ini memang Perodua sedang giat membangunkan model tersebut bersama dengan Daihatsu. Kami akan cuba menghantar ejen Mat Bond untuk mendapatkan info-info terkini dari semasa ke semasa, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Gambaran digital Perodua Alza generasi baharu (D27A) rekaan Theophilus Chin

Daihatsu HY Fun Concept

Perodua Concept X

Daihatsu DN Multisix Concept

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply