ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu lancar Sirion 2022 di Indonesia, kembar Myvi facelift dengan enjin 1.3 liter

Berita Global

Views

PT Astra Daihatsu Motor (ADM) hari ini secara rasminya ‘meluncurkan’ kembar kepada Perodua Myvi faceliftDaihatsu Sirion 2022 untuk pasaran Indonesia. Hanya dua varian yang ditawarkan iaitu 1.3 X CVT dan 1.3 R CVT.

Model hatchback yang dibawa masuk secara siap bina (CBU) dari Malaysia itu ditawarkan dengan lima pilihan warna, iaitu Glittering Silver Metallic, Icy White Solid, Glittering Grey Metallic, Lava Red Metallic dan Electric Blue Metallic.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh enjin 1.3L 1NR-VE yang menjana 95 PS dan 121 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan bersama dengan transmisi D-CVT. Kali ini tiada versi manual ditawarkan untuk pasaran di Indonesia.

Sama seperti Myvi facelift, antara pembaharuan yang dibuat pada Sirion 2022 antaranya rekaan lampu depan baharu, bampar dan belakang rekaan baharu, panel meter dengan paparan pelbagai info digital dan stereng baharu.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri baharu seperti unit infohibur dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, Pembersih udara (Air Purifier), Pengunci Pintu Berpusat dengan Penderia Kelajuan dan Sistem Henti Melahu.

Dari aspek keselamatan, Sirion 2022 dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Daya Brek Elektronik (EBD), penstabil (stabilizer) di gandar depan dan belakang, beg udara depan dan sisi, Bantuan Mula Mendaki (HSA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TC).

Harga yang ditawarkan bermula dari Rp 227,600,000 (RM69,039) untuk varian 1.3 X CVT, manakala varian 1.3 R CVT dijual pada harga  Rp 236,800,000 (RM71,855).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply