ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu lancar Xenia Limited Edition bersempena GIIAS ke-30, terhad 20 unit sahaja!

Berita Global

Views

Daihatsu telah melancarkan Xenia Limited Edition di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) kali ke-30 yang sedang berlangsung ketika ini di Tangerang.

Apa yang menarik, edisi terhad kembar kepada Perodua Alza dan Toyota Veloz yang dihasilkan bersempena dengan pameran itu hanya dikeluarkan sebanyak 20 unit sahaja!

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Xenia Limited Edition ini adalah berasaskan varian 1.3 R ADS CVT. Ia menampilkan warna badan dwitona yang menggabungkan kombinasi warna perak dan hitam (dari bingkai tingkap hingga ke bumbungnya).

Penampilannya sportynya lebih terserlah dengan rim aloi yang dengan kemasan hitam berkilat, jeriji hadapan, sarung lampu kabus dan cermin sisi, manakala kemasan jejalur merah pula menghiasi lampu dan sisi ruang kabin.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Xenia adalah model kedua Daihatsu yang menggunakan pelantar DNGA (Daihatsu New Global Architecture). Setakat Jun 2023, model MPV tujuh penumpang ini telah menyumbang sebanyak 13 peratus daripada jumlah jualan kenderaan dalam segmennya.

Di Indonesia, Xenia ditawarkan dengan dua pilihan enjin, iaitu 1.3-liter dan 1.5-liter NR-VE Dual VVT-i, yang digandingkan bersama transmisi CVT.

Model ini memiliki lega tanah 205 mm, radius pusingan 4.9 meter dan dilengkapi dengan Stereng Kuasa Elektrik (EPS) yang memudahkan pengendaliannya ketika menyusuri jalan bandar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit oto.detik.com

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply