ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu Rocky facelift di Jepun bakal ditawarkan dengan hibrid

Berita Global

Views

Kembar Perodua Ativa, Daihatsu Rocky/Toyota Raize bakal mengalami perubahan kosmetik dan akan diperkenalkan pada bulan November nanti. Menurut rakan media di Wapcar.my, versi facelift Rocky itu nanti akan ditawarkan dengan pilihan penjana hibrid baharu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurut sumber automotif Jepun Mag X, enjin dengan nama ‘Smart Hybrid’ akan dijual di samping enjin 1.0 liter 3-silinder turbo petrol yang sedia ada. Setakat ini masih belum banyak informasi mengenai penjana hibrid ini, namun sumber tersebut mengatakan, sistem Smart Hybrid Daihatsu mempunyai prinsip asas yang sama seperti Nissan e-Power.

Ini bermakna, enjin pembakaran dalaman tidak lagi menjadi nadi utama, sebaliknya ia akan berfungsi sebagai penjana bagi menggerakkan motor elektrik yang akan mengambil alih tugas sebagai nadi utama model tersebut nanti. Difahamkan juga, Rocky bakal menjadi yang model pertama yang menggunakan penjana jenis ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Di samping itu, Rocky/Raize akan mengalami beberapa perubahan kosmetik di bahagian luaran dan dalaman. Fasa pengeluaran model ini nanti dijangka bermula pada Oktober 2021 dan pelancarannya akan dibuat selang sebulan kemudian.

Adakah Perodua akan menawarkan Ativa versi hibrid nanti? Sebelum ini, Perodua ada menyatakan hasrat untuk memperkenalkan sistem hibrid untuk pasaran Malaysia, namun tidak dipastikan sama ada model manakah yang bakal menjadi model hibrid pertama syarikat itu nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply