ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu Sirion tak berapa laris di Indonesia, kenapa ya?

Views

Inilah yang dikatakan, lain padang, lain belalang. Walaupun satu rumpun tapi tak bermakna mempunyai citarasa yang sama. Menurut laman web automotif dari Indonesia, Autonetmagz.com, jualan Daihatsu Sirion atau Perodua Myvi di Malaysia tidak semenggah yang dijangka. Jika di negara kelahirannya iaitu Malaysia, Perodua terpaksa mohon maaf kepada penempah Myvi sebab kelewatan penghantaran, di Indonesia jualan Daihatsu Sirion agak sendu akibat diasak hebat oleh pesaing terdekatnya, Suzuki Ignis dan Honda Brio.

Menurut statistik jualan kenderaan yang dikeluarkan oleh Gaikindo, Daihatsu Sirion baharu tidak begitu memberangsangkan jika dibandingkan dengan model terdahulu, dengan penurunan angka jualan sebanyak 20 peratus. Jika perbandingan dibuat, model Sirion sebelum ini berjaya mencatatkan angka jualan 1170 unit bermula dari Februari hingga Ogos 2017, manakala model penggantinya pula hanya mencatatkan jualan sebanyak 940 unit sahaja untuk tempoh yang sama tahun ini.

JOM BACA >> INTIP : Penampakan ‘wajah baharu’ Proton Iriz MC2 yang lebih jelas

Menurut Autonetmagz lagi, apa yang mem’bingung’kan mereka bagaimana model baharu Sirion yang pada mereka mempunyai reka bentuk yang lebih baik dan tahan lama berbanding model sebelumnya. Tambahan pula ciri-cirinya turut dipertingkatkan dengan kehadiran 4 beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Kawalan Cengkaman, pengimbang hadapan serta belakang, sistem kemasukan tanpa kunci dan pelbagai lagi.

Harganya pula naik sedikit, sekitar 6 juta Rupiah berbanding model terdahulu namun menurut Autonetmagz ia masih lagi boleh diterima, memandangkan ketika ini ada diskaun sebanyak 5 juta Rupiah. Sebenarnya, apa yang terjadi kepada Sirion baharu? Adakah pesaingnya menawarkan produk yang lebih baik dengan harga lebih menarik atau warga Indonesia kurang berminat dengan gaya baharu Sirion yang berbeza sama sekali dengan versi dari Jepun.

Kami pun tiada jawapan sebenarnya. Mungkin juga selera warga Indonesia telah mula beralih kepada kereta genre lain seperti SUV walaupun seperti kita ketahui negara tersebut adalah penggemar MPV. Jangan sentimen anti Malaysia yang membuatkan jualan Sirion sendu sudahlah, cukuplah sekadar di padang bola dan membuat tuntutan pada asal-usul makanan.

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply