Sempena Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) yang sedang berlangsung, Daihatsu membawa dua model konsep yang membuat debut global pertama mereka. Dua model konsep tersebut dinamakan Daihatsu DN F-Sedan dan DN Multisix (MPV). Kami beranggapan kedua-dua model konsep ini mungkin bertujuan untuk memperkenalkan gaya rekabentuk terbaharu untuk jenama tersebut pada model keluaran yang akan datang.
Daihatsu DN Multisix
- MPV enam-tempat duduk dengan gaya crossover.
- Berada dalam segmen Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia.
- Bakal menjadi pencabar kepada Mitsubishi Xpander dan Honda BR-V.
- Rekabentuk dalaman yang futuristik.
BACA >> Concept X bukti keupayaan pasukan rekabentuk Perodua
Daihatsu DN F-Sedan
- Sedan konsep segmen-B yang mungkin berpotensi menjadi pencabar Toyota Vios dan Honda City atau mungkin juga menjadi sedan kedua dari Perodua pada masa depan.
- Rekabentuk gaya coupe dan fastback dengan empat pintu.
- Lampu hadapan LED dengan lampu nyalaan siang LED (DRL).
- Lampu belakang LED.
- Bukaan pintu ala Mazda RX-8 tanpa tiang-B di tengah.
Kami lihat kedua-dua model ini mempunyai daya tarikan yang kuat dan sememangnya dinantikan rakyat Malaysia sekiranya ia direalisasikan sebagai model Perodua pada masa akan datang. Setidak-tidaknya kita sudah mendapat bayangan rupa sedan baharu Perodua dan pengganti Alza nanti kan?
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI