ARKIB

KATEGORI

Buletin

Damok bakal dapat slot ke MotoGP – Razlan

Sukan Permotoran

Views

Prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT), Datuk Razlan Razali bersedia mengotakan janjinya untuk memberi slot kepada pelumba negara untuk bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim depan.

Menurut K! ONLINE, Razlan berkata, beliau teruja melihat prestasi pelumba muda negara, Syarifuddin Azman yang mengharumkan nama Malaysia selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol baru-baru ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok yang bermula di petak ke-10 melakukan kejutan muncul juara dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat selepas bijak mengambil peluang memintas pelumba lain di pusingan terakhir.

Jelas Razlan, baginya Damok sudah matang dari segi tunggangannya selepas dua tahun ber­saing dalam perlumbaan CEV. Dia juga berada dalam pasukan yang bagus dan turut berjaya meletakkan diri di posisi yang tepat pada perlumbaan itu.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Tambah beliau, apa yang dipamerkan pada perlumbaan ini, Damok begitu baik mengawal jentera dan bersabar sebelum menunggu peluang untuk muncul juara. Ini adalah hasil yang baik dipamerkan Damok bersaing dalam saingan kompetitif seperti ini.

Seperti yang beliau jelaskan sebelum ini, apabila mereka mempamerkan keputusan baik sudah pasti peluang mereka untuk menyertai ke SRT amat cerah kerana Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjadi keutamaan.

Ujarnya lagi, saingan di CEV adalah perlumbaan yang kompetitif, jadi peluang Damok ke Moto3 bersama SRT amat cerah dan beliau berharap dia terus berdisiplin meneruskan aksi terbaik seperti ini sehingga akhir musim.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit CEV Motorcycle

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply