ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dapatkan insentif menarik dengan pembelian Haval M4 sehingga hujung tahun ini

Views

Haval Malaysia menawarkan pelbagai insentif menarik untuk pembeli Haval M4 bermula sekarang hingga 31 Disember 2016. Antara yang ditawarkan seperti jaminan produk sehingga tujuh tahun dan tanpa had perbatuan. Setakat ini, Haval M4 adalah satu-satunya jenama kenderaan yang menawarkan jaminan selama itu.

Insentif tunai akan diberikan tanpa mengira jenis kenderaan bagi menampung baki susut nilai jual beli kereta sedia ada dan boleh dijadikan bayaran muka pembelian Haval M4. Haval Malaysia juga akan membantu memudahkan proses pinjaman bank bagi mereka yang sukar mendapatkan pinjaman.

Selain itu, Haval Malaysia turut menawarkan tiga pilihan insentif menarik buat bakal pemilik Haval M4, iaitu:

  1. Percuma bayaran insurans tahun pertama dan percuma tiga bulan ansurans bank; atau
  2. Servis percuma lima tahun atau 100,000km bagi upah dan alat ganti (yang mana satu tiba dahulu); atau
  3. Naik taraf Haval M4 Comfort kepada varian Premium.

Haval M4 ialah SUV segmen-B yang dijana enjin empat-silinder petrol 1.5 liter VVT MPI berkuasa 105hp pada 6,000rpm dan 138Nm pada 4,200rpm. Haval M4 menggunakan sistem pacuan roda depan dan dipadankan dengan transmisi manual lima-kelajuan atau AMT enam-kelajuan.

Varian Haval M4 Comfort berharga RM53,008 (MT) dan RM60,017 (AT), manakala Haval M4 Premium berharga RM59,839 (MT) dan RM65,852 (AT). Semua harga adalah atas jalan tanpa insurans. Varian terbaharu Haval M4 Elite pula dijual pada harga RM72,659 bersama ciri menarik seperti lampu depan halogen yang dilatari barisan LED di atasnya. LED tambahan turut diletakkan pada lampu kabus dan ia ditawarkan dalam pilihan enam warna iaitu putih, perak, hitam, biru, merah dan oren.

KLIK UNTUK BESARKAN

haval-m4-elite Print

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply