ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dapatkan lebih nilai dengan promosi Hari Raya Nissan!

Berita Tempatan

Views

Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba dan inilah masanya untuk anda ‘melaram’ dengan sebuah model baharu Nissan! Atau anda boleh memberi kejutan kepada rakan-taulan dan sanak-saudara dengan kereta baharu Nissan semasa ‘balik kampung’ nanti.

Di kala beberapa jenama lain sudah kehabisan stok berikutan isu bekalan global, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sudah pun membuat perancangan dan pelanggan yang ingin membuat pembelian sempena musim perayaan ini tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapat kereta baharu.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Ditambah pula dengan tempoh ‘cuti cukai’, inilah masanya untuk anda berjimat sebelum tiba tarikh 30 Jun 2022. Bukan itu sahaja, ETCM juga menawarkan pakej aksesori percuma bernilai sehingga RM10,150 untuk beberapa model terpilih.

Di sepanjang bulan April dan Mei ini, ETCM turut mengadakan satu peraduan dengan menawarkan RM50,000 Lazada e-Voucher untuk dimenangi. Pembeli bertuah kereta baharu Nissan berpeluang untuk memenangi Lazada e-Voucher (RM5,000 setiap pemenang, tertakluk kepada terma dan syarat).

Baucar ini boleh digunakan untuk membuat pembelian di laman sesawang Lazada untuk pelbagai barangan, yang sudah pastinya sesuai buat mereka untuk ‘berbelanja sakan’ sempena Hari Raya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Setiap pengunjung yang memandu uji Almera Turbo akan menerima Baucar Watsons bernilai RM30 sebagai tanda penghargaan. Selain itu, anda juga boleh memiliki sebuah trak pikap yang terbukti canggih, Navara dengan harga bermula dari RM111,050.

Seperti biasa, Tan Chong Expres Auto Servis (TCEAS) menawarkan khidmat selepas jualan terbaik buat para pelanggan dan bagi memberi lebih keselesaan, janji temu boleh dibuat menerusi aplikasi DriveOn yang boleh dimuat turun di Apple App Store atau Google Play Store.

Semua kenderaan Nissan didatangkan dengan 5-tahun jaminan tanpa had perbatuan, kecuali Navara. Bagi model trak pikap itu, perbatuan terhad kepada 150,000 km atau 5-tahun sahaja, yang mana terdahulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply