ARKIB

KATEGORI

Buletin

Darah “Type H” mengalir sejak tiga generasi – Billy Wong

Rencana

Views

Menjalankan perniagaan bukanlah tugas yang mudah. Tambah pula, menguruskan pengedar automotif di bawah jenama Jepun dan seseorang itu mesti benar-benar mempercayai syarikat dan mempunyai DNA khas untuk menjayakannya. Pemilik Ban Lee Heng Motor Sdn. Bhd. (Ban Lee Heng Motor), En. Billy Wong berkongsi pengalamannya untuk menguruskan pengedar yang telah masuk tiga generasi.

Ban Lee Heng Motor merupakan merupakan salah satu pengedar yang mempunyai sejarah panjang dengan Honda, dan mereka telah memulakan perniagaan dengan kedai basikal di mana pengasasnya, Datuk Ng Chee Peng mengembangkan syarikat itu kepada pengedar tunggal motosikal Honda.

Kemudian mereka telah dilantik menjadi pengedar tunggal kereta Honda pada tahun 1976. Pada awal 1980-an, En. Johnnie Wong menyertai syarikat sebagai Pengurus Pemasaran dan membantu untuk mengembangkan perniagaan tersebut kepada bangunan empat tingkat dengan operasi bengkel. Beliau kemudiannya telah dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Urusan Ban Lee Heng Motor sekitar tahun 90-an.

Dalam tahun 2009, En. Billy mengikut jejak langkah bapanya, En. Johnnie Wong dan memulakan kerjaya sebagai Penasihat Jualan. Katanya, beliau mahu bermula dari bawah terlebih dahulu sebelum menjadi Pengurus Pemasaran. Sepanjang kariernya di Ban Lee Heng Motor, beliau telah mendapat banyak tunjuk ajar dan sokongan daripada para mentor yang tidak terkira jumlahnya.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Salah seorang mentornya, En. Lee Eng Kee, Pengarah Urusan Ban Chu Bee Sdn. Bhd. (Ban Chu Bee) di Kelantan berkata, syarikat tersebut merupakan perniagaan generasi kedua yang diturunkan oleh bapanya. Jadi beliau sentiasa berkongsi pengalaman sebagai pengedar dan pengganti kepada Billy dengan mendorongnya untuk sentiasa belajar, menyesuaikan diri dengan perubahan dan mendorong diri serta terus maju dengan tujuannya.

Tambahnya, Billy adalah pemimpin yang berani dan agresif dan beliau yakin dia akan dapat mencapai lebih banyak kejayaan di masa depan. Bagi En. Shamsul Hakim, Pengarah Yong Ming Motor Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Johor (Yong Ming Motor), beliau telah berkecimpung dalam perniagaan tersebut sejak tahun 70-an dan mengembangkan pengedar tersebut menjadi salah satu pengedar Honda yang dihormati.

Beliau merupakan mentor kedua kepada Billy dan mengajarnya kunci kejayaan dalam perkhidmatan pelanggan. Ujar beliau, kejujuran adalah polisi terbaik, terutama sekali dalam menyatuni pelanggan Honda dengan cemerlang dan beliau yakin Ban Lee Heng Motor berada di landasan yang terbaik di bawah teraju Billy.

Selain itu, seorang lagi mentor Billy adalah En. Ong Kok Hong dari Peringgit Sri Auto Sdn. Bhd. (Peringgit Sri Auto) di Lembah Klang. Pengedar tersebut memulakan perniagaan dengan menjadi pengedar motosikal pada tahun 70-an di Temerloh, Pahang dan berkembang menjadi salah satu pengedar Honda Malaysia terkemuka dengan lima cawangan pengedar di Lembah Klang dan Pahang.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Katanya, beliau banyak belajar dengan bapa Billy dan dalam masa yang sama Billy membesar dari seorang anak kecil yang kini menjadi peneraju pengedar yang mempunyai lebih daripada 200 orang tenaga kerja. Perkara pertama yang diajarkannya kepada Billy adalah ‘Pelanggan sentiasa betul’ dan ia masih dipegang oleh Billy sehingga kini.

Sebagai salah seorang pemilik pengedar yang termuda, Billy berkongsi aspek paling mencabar dalam menguruskan sesebuah cawangan pengedar iaitu harapan tinggi yang disertakan dengan peranan. Sungguh pun begitu, ia tidak mematahkan semangatnya untuk memperbaiki diri menjadi seorang pemimpin yang bukan sahaja memikul tanggungjawab, malah sentiasa membantu pekerjanya memacu syarikat ke hadapan.

Beliau juga mempunyai banyak pengalaman unik di sepanjang kariernya bersama Ban Lee Heng Motor. Salah satunya adalah beliau berjaya mengubah situasi sukar dan berjaya membah pelanggan setia paling ramai dalam tahun 2010. Beliau berpegang kepada prinsip pengasas Honda, En. Soichiro Honda, yang berkata “kejayaan adalah 99 peratus kegagalan”.

Tambah beliau, pencapaian jualan 1 juta unit bakal menjadi titik tolak dan beliau akan sentiasa berusaha untuk melayani setiap pelanggan sebaik yang mungkin. Katanya lagi, Honda bukan sekadar jenama, malah ia merupakan identiti mengalir dalam keluarganya. Bapanya pernah bertanya mengenai jenis darahnya dan jawabnya, “Type H”.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply