ARKIB

KATEGORI

Buletin

Das WeltAuto dipertingkat, jual dan beli kereta Volkswagen terpakai dengan lebih mudah!

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mempertingkatkan program Das WeltAuto dalam usaha memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan yang ingin membeli kereta terpakai Volkswagen.

Antara yang ditambah baik, antaranya, laman sesawang dengan susun atur yang lebih minimalis. Manakala antara mukanya diubah suai bagi meningkatkan pengalaman pengguna. Pelbagai ciri baharu juga telah diperkenalkan untuk memberi lebih banyak kemudahan.

Aspek yang paling ketara ialah para pemilik boleh menjual kereta Volkswagen masing-masing kepada pengedar sah menerusi fungsi ‘Sell Your Car’. Ciri ini nyata melengkapkan ekosistem Das WeltAuto yang kini menyediakan aspek pembelian dan jualan kereta Volkswagen terpakai yang diperakui di dalam satu platform.

Proses ‘Sell Your Car’ adalah mudah dan ringkas kerana pemilik hanya perlu menghantar perincian kereta menerusi laman web. Kemudian, pengedar akan menguruskan pemeriksaan percuma sama ada di rumah atau di lokasi sebelum tawaran yang kompetitif dibuat.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Tawaran sokongan penukaran yang menarik juga ada disediakan apabila pelanggan menjual kereta terpakai mereka dan ingin membeli model terkini Volkswagen.

Satu lagi ciri menarik ialah bahagian ‘Nearly New Cars’ yang menyenaraikan kereta-kereta dengan perbatuan kurang 12,000km dan tarikh pendaftaran dalam tempoh setahun.

Das WeltAuto merupakan program kereta terpakai Volkswagen yang menawarkan pelanggan dengan kereta terpakai yang telah disahkan dan boleh dipercayai kerana ia disokong oleh standard, proses dan pengetahuan global.

Melalui Das WeltAuto, pelanggan akan menerima tahap ketelitian yang sama seperti membeli sebuah kereta baharu.

Semua model yang diterima untuk tujuan tukar beli (trade-in) akan menjalani 133 pemeriksaan terperinci dan menyeluruh yang dilakukan serta disahkan oleh Juruteknik Volkswagen.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Kesemua kereta Das AutoWeld dipasang dengan alat ganti tulen, tidak terlibat dalam kemalangan dan bebas banjir. Selain hadir dengan bukti penyelenggaraan lengkap di pusat-pusat servis sah Volkswagen. Kereta itu juga didatangkan dengan jaminan lanjutan selama setahun dan bantuan pinggir jalan selama 12 bulan.

Das WeltAuto boleh didapati di sepuluh pengedar:

  • Volkswagen Puchong
  • Volkswagen Tebrau
  • Volkswagen Skudai
  • Volkswagen Gombak
  • Volkswagen Juru
  • Volkswagen Alor Setar
  • Volkswagen Seremban
  • Volkswagen Glenmarie
  • Volkswagen Ipoh
  • Volkswagen Melaka

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang https://dasweltauto.com.my/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply