Semalam Bernama melaporkan Dasar Automotif Nasional sedang dikaji semula bagi memastikan industri tersebut kekal kompetitif, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata kajian itu meliputi perkara berkaitan pembangunan industri automotif tempatan termasuk projek kereta nasional yang baharu, pembangunan syarikat tempatan, aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta peningkatan eksport.
Katanya, industri automotif negara khususnya Proton mengalami kemerosotan dalam tempoh 10 tahun lalu kerana dasar membenarkan kereta dari semua negara masuk ke pasaran Malaysia namun syarat ketat dikenakan ke atas kereta keluaran tempatan yang hendak dipasarkan di luar negara seperti pematuhan emisi karbon Euro 5 dan cukai agrikultur.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di Dewan Rakyat semalam, negara-negara tersebut telah mengenakan syarat supaya Proton tidak dapat menembusi pasaran mereka. Negara-negara tersebut juga mempunyai kilang yang amat besar dan mengeluarkan berjuta-juta kereta setahun dan mereka juga menyekat kereta masuk ke pasaran mereka.
Dr Mahathir menegaskan Proton tidak gagal dan pada satu ketika menguasai 80 peratus pasaran tempatan, mengumpul rizab berjumlah RM4 bilion di samping membina kilangnya menggunakan duit sendiri bernilai RM1.8 bilion. Dahulu, Proton berjaya menembusi pasaran Malaysia dan juga pasaran luar negara. Kita dapat menjual 25,000 kereta Proton di United Kingdom dan tempat lain tetapi (akibat) pemerintahan (sebelum ini) kurang cekap, yang tidak tahu berkenaan dengan industri menyebabkan prestasi Proton merosot, kerana kerajaan dahulu membenarkan masuk segala kereta ke Malaysia.
JOM BACA >> Fakta Ringkas : Pelantar Modular BMA Geely Untuk Kereta Kompak
Perdana menteri berkata, Proton hanya dibantu selepas saham syarikat tersebut dijual kepada syarikat asing termasuk diberi bantuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM1 bilion sedangkan bantuan kerajaan tersebut sudah lama dipohon. Janji untuk R&D diberi kepada syarikat-syarikat lain tetapi tidak kepada Proton, malah Proton terpaksa membelanjakan wang sendiri untuk R&D. Tambah beliau lagi, Proton hanya mendapat wang R&D Proton setelah ia dijual kepada syarikat asing.
Dr Mahathir yakin Proton mampu mencapai kejayaan seperti masa dahulu sekiranya dibantu oleh kerajaan. Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan akan melakukan pembaharuan dalam industri automotif negara supaya sektor dan subsektor berkenaan terus berkembang dan mampu mewujudkan kebolehan tinggi di bidang kejuruteraan dalam kalangan rakyat.
Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berhubung sama ada kerajaan bercadang mengenakan syarat bagi kemasukan kereta import ke dalam negara, Dr Mahathir berkata pihaknya sedar tentang amalan dagangan bebas yang tidak menyekat kemasukan barangan menerusi pengenaan cukai yang tinggi.
Kerajaan sedang memikirkan untuk mengkaji kemungkinan ada syarat tertentu, supaya kereta asing tidak boleh masuk dengan mudah dan menguasai pasaran tempatan. Berhubung sama ada kerajaan akan mengadakan usaha sama dengan syarikat gergasi automotif luar negara untuk mewujudkan kereta nasional ketiga, Dr Mahathir berkata kerajaan bersedia bekerjasama dengan syarikat luar yang mempunyai kepakaran. Namun ia perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia dan mempunyai peranan yang penting dalam pengurusan syarikat.
JOM BACA >> Coretan : Industri Automotif – ‘Idea Gila’ Tun Yang Telah Berjaya Mengubah Landskap Ekonomi Negara
KLIK UNTUK BESARKAN
Tubuhkan automaker ketiga nasional dalam segment berbeza yang dilindungi kerajaan.. Segment jentera berat seperti Lori melebihi 10 tan, yang mempunyai 10 tayar hingga 20 tayar… Bas melebihi 10 tan single/double decker.. Pickup lasak saiz besar melebihi 5 tan..
Supercar Dan hypercar dengan kuasa melebihi 1000hp / 1000nm daya kilas.. Pastikan segment baru ini dilindungi kerajaan..
Dilindungi kerajaan bermaksud melindungi kroni.. rakyat dipaksa membayar lebih untuk mengenyangkan kroni!