ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin sah letak jawatan

Views

Proton hari ini mengesahkan perletakan jawatan Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad (PROTON), berkuatkuasa 4 Julai 2012. Dato’ Sri Haji Syed Zainal telah enam tahun berkhidmat dengan PROTON dan pihak PROTON amat menghargai segala sumbangan beliau kepada syarikat.

Keputusan beliau meninggalkan PROTON ialah untuk mencapai matlamat tersendiri dan pihak PROTON menghormati keputusan tersebut. PROTON juga mengumumkan perletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan, Encik Azhar bin Othman dari PROTON, berkuatkuasa 6 Julai 2012. PROTON mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka berdua.

Dengan pengunduran Dato’ Sri Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif PROTON, Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil, bakal meneruskan kepimpinan beliau untuk memacu syarikat untuk terus maju ke hadapan. Maka dengan ini terjawablah segala spekulasi dan khabar angin yang tersebar di media sebelum ini.

* DSSZ memang seorang yang rendah diri dan mudah didekati. Harap beliau sertai PROTON sekali lagi pada masa yang akan datang. Saya yakin banyak agenda yang dah beliau rancang untuk PROTON untuk masa depan. All the best DSSZ, kami di sini doakan yang terbaik dalam apa jua bidang yang akan disertai selepas ini. 🙂

berkuatkuasa

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

53 Comments


    • permata dicampak kedalam lumpur tetap tak hilang nilainya. so bagi aku bintangnya tak hilang,cuma akan menyinari tempat lain pulak.


  • GODBLESS HIM.
    MET HIM PERSONALLY,HE WAS BUYING GROCERIES AND CARRY PLASTICS BAGS OF VEGETABLES……..WEAR FLIP FLOPS AND CARRY HIS OWN BAGS,,
    VERY HUMBLE MAN INDEED.

    GOOD LUCK DSZ


  • Join proton 2006,2007- persona kuar, 2008 saga, 2009 exora, 2010 inspira, 2011 exora bold, 2012 preve and non of the product mention above is a failure… Respect…


  • Rase mcm dah tawar hati nk bekerja dgn Proton bile dapat tahu beliau akan menamatkan perkhidmatannya bulan Julai nanti. Apepun all the best utk Datuk! terima kasih untuk segalanya. We all love you!


  • Harap pengunduran ini tidak menjejaskan Proton, DRB perlu fokuskan untuk tingkatkan keupayaan Proton terutama sekali dalam memulihkan kualiti pemasangan kereta, memang susah untuk hasilkan kereta yang 100% kualiti, sekurang2 nya nisbah kereta yang rosak dikurangkan dengan meningkatkan kualiti barang yang vendor hasilkan. DRB tidak perlu terburu mengejar keuntungan semata-mata. Proton bukan sedar jenama kereta Nasional, ia aset kepada Malaysia dalam bidang teknologi.


  • aku baru nk oerder preve,tetibe lak rase lain .rase cm dh tawar hati nk angkat kete nie.cam ne ek..dulu kan main lagi teruja n xsabar nk beli…2 -3 minggu ni cm lain plak…ader ssape leh tlg?


    • tak dapek den nak nolong..hehe

      elok hold dulu, simpan duit biar berbukit skit.. bila keluar SE atau facelift baru angkat.. kalau keluar SE dan facelift tu maknenyer preve tu market demand boleh tahan la..
      lgpun model baru, awal2 ni biasanya bnyk minor defect yang dijumpai.. normal lah, even civic pun airbag boleh kembang dgn sendiri.. inikan preve baru berusia 2 bulan..

      p/s: Andaikata DSSZ tercalon untuk jadi politician, sya akan undi dia tak kisah mana2 parti dia join. sbb sy yakin dia boleh buat kerja dan dengar luahan rakyat.. mungkin DSSZ boleh buat dasar keselamatan kenderaan ni, biar ketat sikit…


    • Lain sbb ape tu? Alhamdulillah baru dapat Preve semalam..sya ingat nak tunggu lambat sket tp bila fikir2, baik beli time model ni still bawah management DSSZ..kira first batch la…sbb takut ble DSSZ ni dah keluar dr Proton, mana tau la kan DRB buat perangai lama nak cut cost dah lain dh production Preve nih..itu pandangan sya la..hehe


    • tu rasaje… jdkan preve tu penghargaan pad DSZ… kalau nak tau.. DSZ mulakan projek exora dulu tiap minggu solat hajat… sampai siap… DSZ mmg the best ever..


  • ikut kan DRB hicom offer DSZ smpai hujung tahun nie… tp DSZ tau yg DRB nak blaja n sedut cara dia bekerja kat PROTON… DSZ mmng bijak.. dia simpan dulu idea n management skill B4 di cilok oleh org lain… 🙂


  • alamak…baru je booking preve…hopefully pemergian dsz x merencatkan reputasi proton under drb…risau gak pasni takut2 after sales warranty makin byk dimansuhkan oleh drb


  • Gambar DSSZ main JCB
    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=362858340410509&set=a.362845907078419.100020.111909715505374&type=3&theater

    Masa pelancaran Program Masjid Berkembar, Masjid Al-Falah USJ9 – Masjid Umar Abdul Aziz, Gaza.
    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=386707461358930&set=a.386706924692317.104018.111909715505374&type=3&theater

    (Rasanya masjid ni dah nak siap. Sbb baru-baru ni dengar referendum projek ni di masjid di Bangi)

    Time qurban 2011. DSSZ muka kerut disebalik Ally Iskandar.
    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=304804656215878&set=a.304797546216589.89488.111909715505374&type=3&theater

    Pada aku, DSSZ ni ‘somebody’…Jazakallah DSSZ.


  • Aku harap proton terus maju dan mampu berdaya saing di bwh DRB. Proton masih memerlukan seseorang seperti DSZ. Proton masih perlu banyak belajar untuk membina sebuah kereta…


  • Smalam DSZ dah bersalam2an ngan warga PROTON. So dia cakap dia akan amik cuti sampai sebulan.. kirenye smalam lastday dia di PROTON la.. 🙁


  • DSSZ was the person who responsible make Perodua Myvi one of top selling car in Malaysia, and a record of 100,000 units sold within a year (if I not mistaken) coz he was the Project Director for Myvi….


  • Nurkilan DSZ,

     

    Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi.

    Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian.

    Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.

    Saudara saudari yang saya kasihi,

    Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON.  Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya.  Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya?  Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri? Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha  merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.

    Saudara saudari yang saya kasihi,

    Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung.  Saya beruntung kerana dapat menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat bernilai. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga. Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan.  Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON.  Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON.  Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari.  Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya.  Bukan saudara saudari.

    Saudara saudari yang saya kasihi,

    Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi.  Saya percaya saudara saudari akan terus memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun.  Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap sesuatu.  Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan,  Saya telah melihat kehebatan saudara saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya. Saya yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di persada automotif, insyaallah.

    Saudara saudari yang saya kasihi,

    Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di PROTON.  Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan pengurusan saya,  Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.  Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka.

    Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir.  Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati saya.  Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya.  Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah.

    Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl Harbour  dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON.

    “There You’ll Be”

    When I think back
    On these times
    And the dreams
    We left behind
    I’ll be glad ’cause
    I was blessed to get
    To have you in my life
    When I look back
    On these days
    I’ll look and see your face
    You were right there for me

    In my dreams
    I’ll always see you soar
    Above the sky
    In my heart
    There will always be a place
    For you for all my life
    I’ll keep a part
    Of you with me
    And everywhere I am
    There you’ll be
    And everywhere I am
    There you’ll be

    Well you showed me
    How it feels
    To feel the sky
    Within my reach
    And I always
    Will remember all
    The strength you
    Gave to me
    Your love made me
    Make it through
    Oh, I owe so much to you
    You were right there for me

    ‘Cause I always saw in you
    My light, my strength
    And I want to thank you
    Now for all the ways
    You were right there for me
    You were right there for me
    For always

     
    Salam hormat dari saya,

    Syed Zainal


    • aku pn terharu gak bila baca farewell letter dia.. the way he address himself.. truly a very humble person.. indeed a very very very rare quality to find inside a CEO personality.. he deserved to be the best all-time Proton’s CEO..

      all the best for your future undertaking sir.. may god bless you..


      • Betol tu, aku setuju sgt ngan pendapat ko, siap dia buang title dato sri kat nama dia.. Bukan dgn gelaran tu dia majukan proton. Time masuk proton dia xde pon title dato sri tu.. 🙁

Leave a Reply