ARKIB

KATEGORI

Buletin

Datuk Bandar KL lancar surau bergerak dan Kenderaan Tindak Balas Pantas (RRV)

Berita Tempatan

Views

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi satu hantaran di laman Facebooknya semalam, telah memperkenalkan dua produk baharu iaitu surau bergerak dan Kenderaan Tindak Balas Pantas (Rapid Response Vehicle – RRV).

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur di perkarangan Menara DBKL1, Jalan Raja.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Surau bergerak ini telah diubahsuai oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal DBKL daripada sebuah pejabat bergerak. Kemudahan ini akan diletakkan di lokasi yang sesuai dan digunakan oleh orang ramai di program-program luaran DBKL.

RRV pula merupakan kenderaan yang digunakan oleh Skuad Kecemasan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL bagi menyelesaikan aduan yang diterima seperti pokok tumbang, tumpahan minyak dan haiwan berbisa.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Setiap RRV dilengkapi dengan peralatan khas seperti gergaji rantai, kapak, habuk papan dan pakaian anti lebah yang akan digunakan untuk menyelesaikan aduan yang diterima.

Turut hadir ke majlis pelancaran dua produk baharu tersebut ialah YBrs Tuan Khairul Anuar bin Mhd. Juri, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply