ARKIB

KATEGORI

Buletin

DBKL bakal kenakan caj kepada kereta persendirian yang masuk ke Kuala Lumpur setelah MRT Line 1 mula beroperasi

Views

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bakal mengikut jejak Singapura dalam mengurangkan kesesakan trafik dengan bercadang untuk melaksanakan sistem caj kesesakan di pusat bandar selepas MRT Line 1 mula beroperasi, memetik laporan The Edge. Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Bandar DBKL, Nik Mastura Diyana Nik Mohamad, berkata mereka sedang mengkaji butiran perlaksanaan namun penetapan harga bagi setiap jenis kenderaan masih belum dimuktamadkan.

Katanya kepada The Edge, “Kami akan melaksanakan (caj kesesakan) dan ia bakal menjadi inisiatif terakhir bagi mengurangkan kesesakan di pusat bandar. Kami sedang mengkaji butirannya dan telah bertemu dengan orang ramai, Bukan sekadar untuk mendapatkan pandangan mengenai harga tetapi lebih kepada mencari solusi untuk mengubah sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur” .

Fasa pertama MRT Line 1 di antara Sungai Buloh dan Stesen Semantan di Damansara Heights bakal beroperasi pada Disember ini, manakala fasa kedua, di antara Stesen Semantan dan Kajang pula dijadualkan beroperasi pada Julai 2017. Menurut Nik Mastura lagi, harga jalan telah dimasukkan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Tambahnya lagi, “Kita tidak dapat melaksanakan sistem tersebut buat masa ini kerana belum ada alternatif untuk orang ramai. Seperti yang dilaksanakan di Singapura, jika anda pergi ke pusat bandar pada waktu tertentu yang menyebabkan kesesakan, anda perlu membayarnya”. Pihak berkuasa telah merancang untuk melaksanakan satu dasar bagi menghalang kesesakan dalam bandar sejak tahun 1980 yang bertujuan untuk mengurangkan orang ramai menggunakan kenderaan sendiri di pusat bandar.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • hahahaha..memang bijak..selain jalan bertol, kita jga ade jalan berbayar..parking naik..pembayar cukai kena gst..yg kaya pegawai awam jugak..


    • yang kaya staf DBKL bila terima bonus 3 @ 5 bulan gaji. Staf badan berkanun @ kerajaan yang lain tetap kena bayar tol, cukai jalan, cukai taksiran, caj parking, cukai pendapatan dan gst. Mohon buat statement yang jelas tanpa mengelirukan orang ramai ya..


  • Cadangan ERP ni bagus sebenarnya, sebilangan bandaraya negara maju seperti di Singapore, London, Toronto, Stockholm, Dubai, Milan telak melaksanakannya dan berjaya mengawal kenderaan memasuki bandaraya pada waktu puncak dan mengurangkan kadar emisi karbon dioksida, tapi ada beberapa faktor yang perlu diambil kira jika DBKL betul betul pasti ingin melaksanakannya.

    1. Adakah ia sesuai dan relevan dilaksanakan sekarang ketika perkhidmatan awam masih lagi berada di tahap tidak memuaskan?
    2. Adakah ia akan menjadi salah satu lagi daripada pengutipan cukai ke atas rakyat yang majoriti gajiya rendah dan sederhana ketika kos sara hidup masih lagi jadi perbualan panas?
    3. Bagaimana sistem ini akan dilaksanakan dan diuruskan? Adakah pengutipan ERP ini akan dikembalikan kepada rakyat?

    Harap DBKL buat kajian yang menyeluruh dan mendapatkan input dari semua lapisan masyarakat yang menetap dan bekerja di KL. Sistem ini hanya sesuai dilaksanakan jika:-

    1. Sistem pengangkutan awam MRT1, MRT2, MRT3, LRT3 dan BRT2 siap sepenuhnya dan ada penambahbaikan sistem sedia ada pada LRT, KTM Komuter, Monorail, BRT1 dan bas awam.
    2. Ekonomi negara dan kos sara hidup sudah stabil dan pendapatan rakyat telah meningkat.
    3. Pemansuhan plaza tol di Lembah Klang khususnya dan digantikan dengan sistem ERP ini.
    4. Pengutipan ERP akan disalurkan kembali kepada rakyat dimana setiap sen yang dikutip akan digunakan khusus untuk mebina, menaiktaraf, dan menyelenggara jalan raya di bandaraya KL.

    Just my 2 cents.

Leave a Reply