ARKIB

KATEGORI

Buletin

Deftech perkenal UAV taktikal buatan tempatan di DSA 2022

Berita Tempatan

Views

Pesawat udara tanpa pemandu (UAV) pertama di Malaysia yang direka dan dibangunkan secara tempatan diperkenalkan DRB-HICOM Defence Tecnologies Sdn Bhd (Deftech).

Harian Metro melaporkan, UAV taktikal itu mampu melaksanakan operasi kompleks dan dron autonomi yang berkebolehan mengakses kawasan yang sukar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Deftech, Fazley Ariffin berkata, teknologi autonomi seperti UAV atau dron dapat melipat gandakan keupayaan pasukan pertahanan dan keselamatan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Jelasnya, ia menyediakan platform yang selamat dalam mengendalikan apa jua situasi atau persekitaran yang bahaya dan mencabar.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara Malaysia (TUDM), Datuk Seri Asghar Khan Goriman Khan merasmikan UAV berkenaan ketika membuat lawatan di reruai pameran Deftech, sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022.

Fazley berkata, pesawat ini adalah UAV taktikal kendalian landasan yang mampu melaksanakan operasi yang kompleks, dron autonomi yang berkebolehan mengakses kawasan yang sukar, sekali gus meminimumkan risiko nyawa manusia.

UAV ini mempunyai kemampuan mengawasi ruang udara di waktu siang dan malam, serta berupaya beroperasi di pendalaman dan maritim.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Ia direka bentuk mempunyai berat maksimum 120 kilogram (kg) untuk berlepas, ketahanan selama 10 jam dengan jarak 100 kilometer dan boleh menampung kapasiti muatan seberat 15 kg.

Menurutnya, pembangunan UAV risikan, pengawasan dan peninjauan (ISR) ini adalah hasil daripada pengalaman yang dipelajari ketika bekerjasama dengan pasukan pertahanan dan keselamatan dalm mengendalikan dron untuk operasi yang berbeza.

Penggunaan UAV oleh pihak tentera dan keselamatan awam pasti akan menjadi aset untuk keselamatan negara Malaysia, trutamanya untuk situasi kritikal dan sensitif masa.

UAV ISR ini akan dipamerkan di DSA 2022 bermula hari ini sehingga 31 Mac.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Defence Security Asia

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply