ARKIB

KATEGORI

Buletin

Demak Motors tutup kedai?

Views

Desas-desus kini semakin hangat mengatakan operasi syarikat pengeluar motosikal jenama DemakDNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. telah dihentikan. Nasib pekerja syarikat berkenaan turut tidak diketahui, dan kami difahamkan ramai antara mereka telah berhijrah ke syarikat lain. Buat masa ini belum ada sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut telah dikeluarkan.

Kami telah bertanya kepada beberapa sumber terdekat yang pernah berkhidmat dengan syarikat tersebut dan mereka telah mengesahkannya. Walaubagaimanapun, punca sebenar penghentian operasi ini masih menjadi tanda tanya kepada mereka kerana jualan syarikat dikatakan masih baik. DNC Asiatic Holdings turut memiliki hak untuk memasang dan menjual motosikal jenama MV Agusta untuk pasaran tempatan menerusi anak syarikat Moto Varese Asiatic Sdn. Bhd.

Nantikan maklumat lanjut mengenai perkara ini dari semasa ke semasa. Kami berharap dan berdoa agar pekerja Demak Motors tabah mengharungi detik-detik sukar ini. Nampak gayanya takde harapan la nak lihat Demak ECO 3 berada di jalan raya jika perkara ini disahkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply