ARKIB

KATEGORI

Tular

Demi Yamaha RX-Z 135 Catalyzer, pembeli sanggup ‘swap’ dengan geran tanah lot!

Tular

Views

Kegilaan para peminat jentera dua roda jenis Yamaha RX-Z semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Dalam artikel terdahulu, tular kisah mengenai Yamaha RX-Z 135 Catalyzer keluaran tahun 2010 kategori New Old Stock (NOS) yang telah berjaya dijual pada harga RM 100,000.

Yamaha RX-Z 135 Catalyzer itu dibeli oleh seorang YouTuber dari saluran Rudy Geng Tayar Besar daripada KM Chen Motor Trading di Pasir Gudang, Johor.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Sebelum ini rekod harga motosikal jenis sama yang paling mahal dipegang oleh seorang pemuda bernama Tuan Putera Amirul Tuan Muda dari Kampung Paka, Dungun yang memiliki RX-Z Millenium bernilai RM70,000.

Baru-baru ini, tular satu hantaran dari individu bernama Nikmohdzulkiflee Lee di laman group jual beli rxz, berkenaan kisah pembelian sebuah Yamaha RX-Z 135 Catalyzer secara ‘Sistem Barter‘.

Apa yang menarik, pembeli itu sanggup menukarkan dengan geran tanah lotnya untuk mendapatkan RX-Z itu. Tidak dipastikan nilai urus niaga sebenar RX-Z 135 Catalyzer tersebut, namun ia telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Rata-rata warganet berkata ia merupakan ‘suatu perkara yang bodoh’ kerana bukan mudah untuk mendapatkan lot tanah. Ada juga yang ‘bersangka baik’ dan berkata pembeli tersebut mungkin mempunyai banyak tanah.

Tidak ketinggalan juga ada yang menjadi ‘Detective Conan‘ dengan membuat carian di portal e-dagang dan mendedahkan harga RX-Z 135 Catalyzer hanyalah sekitar RM 16,999 hingga RM 35,000 seunit.

Pada kami, sebenarnya penjual RX-Z itu lebih beruntung kerana berjaya mendapatkan lot geran tanah. Syabas, demo kenal bare boh!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nikmohdzulkiflee Lee

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply